Tayangan Perdana Drama Taxi Driver 3 Mendapat Sambutan Hangat. Taxi Driver yang merupakan salah satu drama mini siri yang sering menjadi tumpuan bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.

Tayangan Perdana Drama Taxi Driver 3 Mendapat Sambutan Hangat


Pada 21 November yang lalu telah berlangsungnya tayangan perdana Taxi Driver 3 dan ia mendapat sambutan hangat dari peminat drama mini siri.

Melalui Nielsen Korea , TAXI DRIVER 3 berada di kedudukan pertama di slot waktu tayangan pada semua saluran dan drama ini paling banyak ditonton pada slot waktunya dengan purata rating seluruh negara 9.5%.

Biarpun sudah memasuki musim 3 tetapi pencapaian untuk tayangan perdana drama ini sangat membanggakan kerana tidak ada lagi mini siri untuk tahun 2025 mencapai rating sebegini.

Drama Taxi Driver 3 juga banyak ditonton dalam golongan umur 20 sehingga 49 dan menjadikan averaga penonton drama ini adalah dalam anggaran 2.4%.

Untuk info, Taxi Driver adalah drama yang dilakonkan oleh Lee Jee Hoon, Pyo Ye Jin, Kim Eui Sung dan ramai lagi, drama ini menfokuskan aksi, jenayah dan misteri.

Jangan lupa teruskan layan next episod drama TAXI DRIVER 3 ini pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam  9.50 malam.

Post a Comment

Previous Post Next Post