Sinopsis Gold Land Lakonan Park Bo Young dan Kim Sung Cheol. Drama yang paling ditunggu oleh peminat setia Park Bo Young akhirnya akan mula ditayangkan, drama Gold Land bersama pelakon kacak Kim Sung Cheol.
Drama ini ditunggu-tunggu peminat Park Bo Young kerana ia adalah drama comeback dari pelakon wanita itu setelah drama Our Unwritten Seoul.
Gold Land adalah drama yang bertemakan romance, thriller, misteri dan jenayah, turut sama membintangi drama ini adalah Lee Kwang Soo dan Lee Hyun Wook.
Drama Gold Land akan ditayangkan di saluran Disney+ pada awal tahun 2026, jom kita baca sinopsis drama gold land ini dibawah.
SINOPSIS GOLD LAND (2026)~~
Menceritakan mengenai Kim Hee Ju (Park Bo Young) yang bekerja sebagai ejen pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang antarabangsa.
Oleh kerana teman lelakinya Lee Do Kyeong (Lee Hyun Wook) yang bekerja sebagai pembantu juruterbang untuk sebuah syarikat penerbangan, dia secara tidak sengaja menerima emas daripada sebuah organisasi penyeludupan.
Kim He Ju kemudiannya menjadi obses dengan emas tersebut, dia mula merasa kekacauan, ketamakan, dan
dia merupakan center pengkhianatan yang melibatkan pelbagai orang termasuk pekerja along Jang Wook (Kim Sung Cheol), Detektif Kim JinMan (Kim Hee-Won) dan Executive Park (Lee Kwang-Soo) daripada kumpulan Geumsung yang terlibat dengan kasino hotel Gold Land.
Post a Comment