Kedudukan Markah Minggu ke 3 Gegar Vaganza 2025. Malam Ahad telah berlangsung siaran langsung Gegar Vaganza 2025untuk minggu ke 3, persembahan kesemua para peserta mula menunjukkan peningkatan dari minggu lepas.

Kedudukan Markah Minggu ke 3 Gegar Vaganza 2025


Hampir kesemua peserta telah mula mengeluarkan taring mereka untuk terusk kekal di gegar vaganza 2025 dengan melakukan persembahan yang terbaik pada minggu ini.

KEDUDUKAN PENUH MARKAH MINGGU KE 3 GV12~~

Malam minggu ke 3 kita dapat saksikan NUBHAN berjaya mendapat tempat pertama mengambil alih tempat ISKANDAR ISMAIL yang berada di tempar pertama minggu lepas.

Ramai menjangkakan berlaku penyingkiran pada malam ini setelah dua minggu tiada penyingkiran namun sekali lagi pihak produksi Gegar Vaganza melakukan kejutan apabila mengumumkan tiada penyingkiran pada malam ini.

Kedudukan bottom 3 pada malam minggu ke 3 adalah DATO' ELAINE KANG , SHAE dan SHY8 dan mereka bertiga masih selamat dan mara ke minggu ke 4 dengan tema KOLABORANZA.

Berikut adalah kedudukan penuh markah minggu ke 3 :


1- NUBHAN - 71.50%

2- ISKANDAR ISMAIL - 71.00% 

3- MENDUA - 67.00%

4- MARK ADAM - 64.00%

5- KORIE - 63.00%

6- KRISYA - 61.75%

7-RAHMAT EKAMATRA - 61.50%

8- MELL SAKURA - 60.50%

9- FRESHIES - 60.00%

10- RURI REPVLIK - 60.00%

11- DATO' ELAINE KANG - 57.75%

12- SHAE - 57.00%

13- SHY8 - 54.25%


Untuk pemenang anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi dimenangi oleh MARK ADAM manakala pemenang anugerah Adabi, Ada Beats pula dimenangi oleh NUBHAN.

Kumpula MENDUA yang sepatutnya 3 orang ahli terpaksa melakukan persembahan dengan 2 ahli kerana Ibu kepada Pungkey ahli lelaki dalam kumpulan itu meninggal dunia.

Pada pembukaan konsert minggu ke 3 berlaku kejutan apabila Que Haidar muncul ketika persembahan Nabil dan Sherry Al Hadad.

Korang yang mana nak peserta kegemaran korang yang menang, korang kenalah undi mereka okay dan tunggu minggu hadapan untuk tahu siapakah pemenangnya, good luck korang.



Post a Comment

Previous Post Next Post