Kedudukan Markah Minggu ke 9 Gegar Vaganza 2025. Hari Ahad Jam 9 malam telah berlangsung konsert gegar vaganza 2025 untuk minggu ke 9 dengan penuh bertenaga dan meriah.

Kedudukan Markah Minggu ke 9 Gegar Vaganza 2025


Malam Ahad ini merupakan minggu terakhir konsert gegar vaganza dijalankan untuk tahun 2025 dan akan bersambung pula pada 2026.

Persembahan pada minggu ke 9 ini sungguh meriah dengan pembukaan lagu dari Nabil Ahmad dan Sherry Al - Hadad, mereka berdua sentiasa menceriakan penonton dengan pelbagai keletah semasa melakukan persembahan.

Mark Adam sekali lagi mempertahan Anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi yang dimenangi beliau sejak minggu kedua lagi.

KEDUDUKAN MARKAH MINGGU KE 9 GEGAR VAGANZA 12~~

Untuk minggu ke 9 ini, keputusan yang berada di bottom 3 adalah MELL SAKURA , SHAE dan KRISYA.

Nubhan berjaya mendapat tempat pertama pada minggu ini setelah menerima pujian serta standing ovation dari Bunda Hetty Koes Endang dan kedudukan penuh markah minggu ke 9 adalah ;


1- NUBHAN >> 74.50%

2- MARK ADAM >> 73.50%

3- ISKANDAR ISMAIL >> 73.50%

4- RURI REPVLIK >> 66.00%

5- FRESHIES >> 61.00%

6- MENDUA >> 60.75%

7- MELL SAKURA >> 60.75%

8- SHAE >> 56.25%

9- KRISYA >> 54.50%


Kita terpaksa ucapkan selamat tinggal buat KRISYA kerana perjalanan beliau di dalam Gegar Vaganza 12 berakhir pada minggu ke 9 , selamat maju jaya Krisya diluar sana.

Untuk peminat kesemua peserta korang teruskan mengundi lagi dan tunggu minggu hadapan untuk minggu suku akhir gegar vaganza 12 pastinya akan lebih meriah.

Post a Comment

Previous Post Next Post