Lagu Tugasan Minggu ke 9 Gegar Vaganza 2025. Rancangan Gegar Vaganza 12 kini telah memasuki minggu ke 9 sebelum memasuki minggu suku akhir pada minggu hadapan, jom kita tengok lagu tugasan peserta untuk minggu ke 9.

Lagu Tugasan Minggu ke 9 Gegar Vaganza 2025


Pada minggu ke 8 kita dapat saksikan para peserta melakukan persembahan dengan begitu meriah dan persembahan mereka kebanyakkan all out. 

Kesemua 9 peserta yang tinggal berjaya mara ke minggu ke 9 apabila tiada penyingkiran berlaku pada minggu lepas, minggu 9 ini para peserta diberikan tema Lagu Pilihan Vaganzers Let’s Go.

Pada segmen Ada Lagu Ada Lagi para peserta diberikan 2 buah lagu dan salah satu lagu dipilih untuk menjadi lagu persembahan para peserta.


LAGU TUGASAN MINGGU KE 9 GEGAR VAGANZA 12~~

Untuk minggu 9 ini , hos Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad diberikan lagu tugasan opening lagu BAWA KU TERBANG (The Fabulous Cats) manakala lagu persembahan peserta pula adalah :


MENDUA akan menyanyikan lagu KO MIL GAYA [Udit Narayan, Alka Yagnik & Kavita Krishnamurti]

ISKANDAR ISMAIL akan menyanyikan lagu LUKA SERIBU RINDU [Fotograf]

MARK ADAM  akan menyanyikan lagu RINDU SERINDU RINDUNYA [Spoon]

FRESHIES akan menyanyikan lagu KITALAH BINTANG [Ella]

MELL SAKURA akan menyanyikan lagu ROLLING IN THE DEEP [Adele]

KRISYA akan menyanyikan lagu HENING RINDU [Marsha Milan]

SHAE akan menyanyikan lagu TOXIC [Britney Spears]

RURI REPVLIK akan menyanyikan lagu BETTER MAN [Robbie Williams]

NUBHAN akan menyanyikan lagu BUKAN LAGI KITA [Nadeera Zaini]


Lagu tugasan pada minggu ini semua best-best so korang jangan miss taw minggu ke 9 hari ahad ini jam 9 malam.

Selain itu , korang boleh teruskan mengundi  anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi sebab tinggal berapa minggu sahaja lagi sebelum nak habis rancangan gegar vaganza ini.

Good luck minggu ke 9 ~



Post a Comment

Previous Post Next Post