Lagu Tugasan Minggu ke 8 Gegar Vaganza 2025. Minggu ini rancangan Gegar Vaganza 2025 akan memasuki minggu ke 8 , hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk memasuki final gegar vaganza 2025.

Lagu Tugasan Minggu ke 8 Gegar Vaganza 2025


Sekejap sahaja masa berlalu, minggu 8 pada malam Ahad ini dan hanya tinggal 9 bintang yang masih bertahan untuk pentas gegar vaganza 12.

Minggu lepas kita dapat saksikan peserta tersingkir adalah Rahmat Ekamatra , untuk minggu ini adakah akan berlaku penyingkiran atau kesemua peserta akan selamat dan mara ke minggu 9 bersama-sama.

Tema untuk minggu ke 8 adalah Fun Fair Tok Ram dimana para peserta diminta melakukan persembahan dengan lagu yang diplih oleh Dato' Ramli MS.

LAGU TUGASAN MINGGU KE 8 GEGAR VAGANZA 12 ~~

Tidak hanya peserta yang lagu mereka dipilih namun hos juga, Nabil dan Sherry akan menyanyikan lagu CINTA ITU (Alleycats) dan AKU TAK PERCAYA CINTA (Liyana Jasmay).

Lagu untuk peserta -peserta gegar vaganza untuk minggu ke 8 adalah seperti berikut ;


NUBHAN akan menyanyikan lagu CICAK (Cikgu Naim)

MENDUA akan menyanyikan lagu NESSUN DORMA (Luciano Pavarotti)

ISKANDAR ISMAIL akan menyanyikan lagu GOLIMAR (P.S. Balasubrahmanyam)

MARK ADAM akan menyanyikan lagu CARI TAPAK (Senario)

MELL SAKURA akan menyanyikan lagu CALCUTTA (TAXI, TAXI, TAXI ) (Dr. Bombay)

KRISYA akan menyanyikan lagu MAKAN (Jalil Hamid)

FRESHIES akan menyanyikan lagu ANAK TUPAI (Halim Yazid)

SHAE akan menyanyikan lagu STECU STECU (Faris Adam)

RURI REPVLIK akan menyanyikan lagu LA OBE (Kassim Selamat & The Swallows)


Lagu-lagu minggu hadapan kesemuanya sangat unik dan sangat jarang para peserta menyanyikannya, jadi korang jangan terlepas untuk tengok secara live pada malam Ahad ini.

Teruskan juga mengundi untuk anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi dan good luck untuk semua peserta.


Post a Comment

Previous Post Next Post