Kedudukan Markah Minggu ke 10 Gegar Vaganza 2025. Malam Ahad tadi telah bersiaran minggu ke 10 gegar vaganza 2025, persembahan peserta pada malam ini semuanya hebat dan menarik jadi mari kita tengok kedudukan markah peserta minggu ke 10.

Kedudukan Markah Minggu ke 10 Gegar Vaganza 2025


Minggu ini tidak hanya minggu ke 10 namun ia adalah minggu suku akhir dan peserta hanya memerlukan dua satu minggu sahaja lagi untuk memasuki Final Gegar Vaganza 10.

Permulaan minggu ke 10 ini diserikan dengan persembahan hos sensai gegar vaganza iaitu Nabil dan Sherry, masing-masing menyanyikan lagu Rindu (Hetty Koes Endang) dan Lobang Korek (Hang Mokhtar).

KEDUDUKAN MARKAH MINGGU KE 10 GEGAR VAGANZA 12~~

Minggu ini kedudukan bottom 3 adalah FRESHIES , SHAE dan RURI REPVLIK , biarpun mereka sudah membuat terbaik namun kumpulan FRESHIES terpaksa meninggalkan pentas gegar vaganza 12.


Persembahan kesemua peserta sangat best pada malam ini dan juara untuk minggu ini adalah tidak lain tidak bukan iaitu MENDUA, penjiwaan lagu yang sangat baik dari mereka, mereka juga membawa pulang anugerah Adabi, Ada Beats dan kedudukan peserta lain adalah ;


1- MENDUA => 70.50%

2- NUBHAN => 70.00%

3- MARK ADAM => 67.75%

4- ISKANDAR ISMAIL => 67.50%

5- MELL SAKURA => 66.75%

6- RURI REPVLIK => 65.00%

7- SHAE => 63.25%

8- FRESHIES=> 56.75%


Sementara itu, anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi dimenangi oleh MARK ADAM, tahniah diucapkan buat MARK dan peminatnya yang tidak berhenti mengundi dan masih menjadi pemenang anugerah ini dari minggu ke 2.

Dengan berakhirnya minggu suku akhir ini maka kesemua 7 orang peserta mara ke minggu separuh akhir minggu hadapan.

Good luck buat peserta dan peminat peserta-peserta untuk minggu separuh akhir nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post