Drama Debut Kang Daniel Bertajuk Rookie Cops 2022. Drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia Kang Daniel akhirnya bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama Rookie Cops adalah drama debut buat Kang Daniel bersama pelakon cantik Chae Soo Bin. Drama yang diproduce oleh The Walt Disney Company (Korea) ini akan ditayangkan pada 26 january 2022. Rookie Cops berkaitan dengan pelajar akadem polis yang akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat , cantik dan kacak , jom baca synopsis drama ini.


Drama Debut Kang Daniel Bertajuk Rookie Cops 2022



Kang Daniel Dah Berlakon lah! SINOPSIS PENUH DRAMA ROOKIE COPS 2022 ~~

Mengenai pelajar baru kehormat, Wi Seung Hyun (Kang Daniel) , bermula di Universiti Polis kebangsaan Korea.

 Dia mengagumi bapanya, yang merupakan pesuruhjaya Agensi Polis Dongbu Gyeonggi.

 Dia mula mengikuti jejak bapanya tetapi menghadapi halangan apabila dia terlibat dengan seorang wanita bernama Go Eun Gang (Chae Soo Bin) .

Kisah ini akan berkisar tentang orang dewasa muda yang dilahirkan pada tahun 2000 yang menempuh kehidupan kolej dengan

 cara mereka sendiri yang tidak menyesal di salah satu universiti paling konservatif di Korea.

 Belia Korea dan bagaimana mereka berkembang seiring dengan impian, cinta dan kesukaran mereka di universiti polis.

Perjuangan untuk menonjol dalam 2,000 kampus pelajar, salah satu kampus paling konservatif dan eksklusif di negara ini, akan diceritakan menerusi drama itu.

Maklumat & PROFIL PENUH DRAMA ROOKIE COPS 2022~~

Drama ini bertajuk Rookie Cops dan juga dikenali sebagai You And My Police Class , sebutan di dalam bahasa Korea adalah 너와 나의 경찰수 (Neowa Naui Gyeongchalsooeob).

Rookie Cops adalah drama yang bakal bersiaran di Disney+ dan keseluruhannya episode dalam drama ini adalah 16 episod.

Tarikh tayangan drama Rookie Cops 2022 adalah bermula 26 January 2022 dan ditayangkan pada setiap hari Rabu.

Drama ini merupakan drama debut buat Kang Daniel yang kita sememangnya tahu beliau adalah seorang penyanyi.

Rookie Cops adalah drama yang diarahkan oleh pengarah hebat iaitu Pengarah Kim Byung Soo yang banyak mengarahkan drama hit seperti A Korea Odyssey , The Bride Of Habaek ,Bubble Gum ,

He is Psychometric , The Three Mustketeers , Chossun Police Season 1 dan 2 dan banyak lagi.

Penulis untuk drama Rookie Cops ini adalah penulis Lee Ha Na dan drama ini merupakan drama pertama kali gandingan Kang Daniel dan Chae Soo Bin.

BARISAN PELAKON-PELAKON DRAMA ROOKIE COPS 2022~~~

Pelakon-pelakon yang membarisi drama Rookie Cops ini boleh dikatakan hampir kesemuanya visual mereka terbaik , cantik dan kacak.

Watak utama Kang Daniel membawa watak Wi Seung Hyun di dalam drama ini seorang yang ingin menjadi seperti ayah beliau.

Pelakon cantik dan popular Chae Soo Bin akan membawa watak Go Eun Gang di dalam drama ini , seorang yang pelajar baru di university polis , beliau masuk university ini disebabkan orang yang

dia suka dan saying , siapakah orang itu? Adakah beliau diterima oleh orang itu? kenalah tunggu yer.

Selain itu, pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Lee Sin Young seorang pelakon kacak dan namanya sedang meningkat naik, watak lakonannya bernama Kim Tak.

Seterusnya adalah pelakon cantik Park Yoo Na yang banyak berlakon di drama hit seperti Sky Castle , Hotel Del Luna , True Beuty dan banyak lagi , wataknya adalah Ki Han Na.

Pelakon berbakat dan hebat Min Do Hee turut sama membintangi drama Rookie Cops ini sebagai Woo Joo Young.

Kim Woo Suk yang merupakan pelakon yang debut pada tahun 2017 dan juga merupakan adik kepada penyanyi Kim Min Seok dari MeloMance membawa watak Seo Beom Joo.

Kita ada pelakon lain tau...

Pelakon yang nama mereka sedang meningkat naik iaitu Park Sung Joon dan Chun In Seo turut berperanan di dalam drama ini sebagai Yoo Dae II dan Shin Ah Ri.

Yang kesemua nama pelakon di atas merupakan pelakon utama drama ini , jom kita tengok sapa pula pelakon pembantu di dalam drama ini.

Pelakon legend Kim Sang Ho yang sangat popular dalam drama2 Korea membawa watak Cha Yoo Gon yang merupakan Professor di Police University.

Watak aya kepada Wi Seung Hyun (Kang Daniel) di dalam drama ini dibawa oleh Son Chang Min sebagai Wi Ki Yong.

Pelakon cantik dan senior Ji Soo Won membawa watak ibu kepada Wi Seung Hyun dan wataknya adalah Oh Sook Ja.

Lee Moon Sik pelakon yang sangat berbakat dan sangat hebat membawa watak apa sahaja bakal membawa watak bapa kepada Go Eun Gang yang bernama Go Yang Chul.

Siapa watak ibu dalam cerita ni?

Manakala watak ibu kepada Go Yang Chul di dalam drama ini akan dibawa oleh Jung Young Joo yang wataknya adalah Lee Hee Sook.

Pelakon yang banyak membawa watak-watak jahat di dalam drama Korea Seo Yi Sook akan membawa watak Kim Soon Young yang merupakan Dean di Police University.

Pelakon cantik dan kacak Son So Mang dan Park Yeon Woo , masing-masing bakal membawa watak Go Mi Gang dan Kang Joo Chan.

Drama ini turut bakal diserikan dengan pelakon Shin Ye Eun, Kwak Shi Yang dan Sa Kang sebagai watak cameo di dalama drama ini.

Watak dan tugas mereka di dalam drama ini masih tidak diketahui.

KOMEN-KOMEN MENGENAI DRAMA ROOKIE COPS 2022 ~~

Drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi , jom kita baca komen-komen dari netizen mengenai barisan pelakon dan synopsis drama ini.

Salah seorang peminat Cha Soo Bin mengatakan Saya sangat sayangkan chae soo bin juga, jom sokong drama tersebut tanpa merendah-rendahkan orang lain.

soobin pernah berkata berlakon dalam drama/filem adalah kerja berpasukan antara pelakon dan juga semua kakitangan, jadi saya sedar untuk tidak meletakkan banyak beban mahupun pujian

kepada seorang individu sahaja, tetapi aspek pengarahan dan aspek lain memainkan peranan penting sebagai baiklah. Saya hanya berharap ia baik untuk semua orang.

Peminat teruja untuk melihat drama ini , So tak sabar sangat nak tengok drama ni.

 Sangat teruja dengannya. Kang Daniel membuatkan saya berasa lebih baik dan melihat dia

berdrama dengan seseorang untuk dicium membuatkan saya menjerit betul-betul!!!! 2022 datang lebih cepat Tolong!!!!

Ada komen mengatakan drama ini sama seperti police university dari KBS yang turut ditayangkan pada tahun 2021 , Ini sangat mirip dengan universiti polis, mungkin plot berbeza

(seperti tiada kasino atau apa yang dipanggil thingy) tetapi sinopsis di sini adalah seperti universiti polis tetapi bertukar jantina. But ill give it try maybe since kang daniel ada di sini.

Komen lain adalah ,mereka tidak sabar untuk melihat drama ini dan mengharapkan ia ditayang dengan cepat.

 



KATA-KATA AKHIR

Drama Rookie Cops ini akan ditayangkan pada hujung bulan 1 ini , ada lagi beberapa hari sahaja lagi , korang jangan lupa tengok.

Lakonan pertama buat Kang Daniel dan gandingan pertama kali Chae Soo Bin dengan Kang Daniel , ini membuatkan drama ini menjadi drama yang ditunggu-tunggu.

Selamat menonton~

Post a Comment

Previous Post Next Post