Drama Terbaru Son Ye Jin Thirty Nine (2022). Mana peminat pelakon cantik Son Ye Jin , dramaterbaru beliau setelah drama Crash Landing On You akan keluar tidak lama lagi. Drama terbaru Son Ye Jin untuk tahun 2022 adalah Thirty Nine. Son Ye Jin merupakan pelakon wanita yang sangat popular di Korea dan namanya juga mula berkembang di luar Korea dengan drama Crash Landing On You.

Drama Terbaru Son Ye Jin Thirty Nine 2022



Thirty Nine merupakan gandingan ketiga-tiga pelakon wanita yang hebat iaitu Son Ye Jin , Jeon Mi Do dan Kim Ji Hyun.

Drama Thirty Nine ini juga merupakan drama yang akan ditayangkan di saluran JTBC pada bulan February ini , jom kita baca jalan cerita drama ini.

SINOPSIS Penuh DRAMA THIRTY NINE 2022~

Drama ini mengisahkan tentang tiga orang sahabat perempuan yang berusia 39 tahun dan akan menginjak umur mereka kea lam 40 an.

Thirty Nine ini akan menceritakan pada kita bagaimana cantik dan emosinya kehidupan ketiga-tiga orang sahabat ini dalam mengahadapi kehidupan harian mereka.

Cha Mi Jo (Son Ye Jin) berasal dari keluarga kaya , beliau dibesarkan dengan kemewahan yang tiada tandingan , sekarang beliau berumur 39 tahun.

Beliau bekerja sebagai ketua dermatologist di Klinik beliau sendiri yang terletak di Gangnam , Seoul.

Jun Chan Young (Jeon Mi Do) bercita-cita menjadi pelakon tetapi sebaliknya beliau menjadi cikgu lakonan.

Beliau seorang yang jenis cakap lepas dan kadang-kadang berkata kasar namun kejujuran beliau dalam berkata-kata membuatkan orang lain sukar untuk membencinya.

Jang Jo Hee (Kim Ji Hyun) pula pengurus kedai serbaneka kosmetik , disebabkan dia seorang yang pemalu , beliau masih tiada pengalaman pehubungan yang romantic.

Ketiga-tiga mereka berlainan karakter namun merupakan rakan baik dan selalu membuat apa sahaja bersama.

Apabila diuji mampukan mereka bertahan? adakah kawan mereka akan sentiasa berada di belakang mereka?

PROFIL DRAMA THIRTY NINE 2022~

Drama Thirty Nine ini juga dikenali sebagai 39 , 39, 40 , Seoleun Ahob yang mana dalam tulisan Korea adalah 서른, 아홉.

Thirty Nine lakonan Son Ye Jin , Jeon Mi Do dan Kim Ji Hyun ini diumumkan pada bulan Ogos 2021 bahawa drama ini akan ditayangkan pada awal tahun 2022.

Pengarah untuk drama ini adalah pengarah yang berbakat iaitu Kim Sang Ho yang mana sebelum ini banyak mengarahkan drama hit seperti Run On .

Penulis untuk drama ini pula adalah Yoo Young A yang merupakan penulis untuk drama dan filem yang hit.

Antara filem penulisan beliau adalah Kim Ji Young: Born 1982 , On Your Wedding Day , Because I Love You , My Annoying Brother , Run Offf, Like For Likes , Steal My Heart dan banyak lagi.

Untuk drama pula , beliau merupakan penulis untuk drama Encounter pada tahun 2018 , Entertainer pada tahun 2016 dan Bel Ami untuk tahun 2013.

Tema untuk drama Thirty Nine ini adalah persahabatan , hidup , drama dan juga romance dan mengetengahkan watak utama perempuan kesemuanya.

Drama dari South Korea ini merupakan drama yang mempuyai 12 episod keseluruhannya dan bakal ditayangkan pada 16 February sehingga 24 March tahun ini.

Ditayangkan di saluran JTBC pada setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 22:30 malam KST dan ditayangkan selama 1 jam 10 minit.

Ketiga-tiga tunggak utama drama ini sangat popular di luar Korea dimana Son Ye Jin dengan drama Crash Landing On You manakala Jeon Mi Do dengan drama Hospital Playlist.

 



BARISAN PELAKON-PELAKON YANG MEMBARISI DRAMA THIRTY NINE 2022

Di dalam drama ini kita boleh lihat Son Ye Jin memegang watak Cha Mi Jo manakala Jeon Mi Do pula membawa watak Jeong Chan Young serta Kim Ji Hyun wataknya adalah Jang Jo Hee.

Watak lain yang akan membintangi drama ini adalah Yeon Woo Jin yang merupakan pelakon lelaki tampan , beliau akan membawa watak Kim Seon Woo , seorang dermatologist.

Pelakon lelaki yang meningkat naik Lee Tae Hwan membawa watak Park Hyun Joon iaitu seorang presiden Chinatown dan juga seorang chef.

Pelakon Lee Moo Saeng akan membawa watak Kim Jin Seok yang merupakan wakil Champ Entertainment.

Pelakon dan idola popular Ahn So Hee turut sama menjayakan drama ini , beliau membawa watak Kim So Woon yang merupakan adik pada Kim Seon Woo.

Pelakon cantik dan manis Song Min Ji turut membintangi drama ini sebagai Kang Seong Joo manakala watak ayah kepada Chan Young akan dibawa oleh pelakon senior Seo Hyun Chul.

Watak Jeong Chan Young ketika muda dan remaja akan dibawa oleh pelakon bernama Sandy manakala pelakon cantik Oh Se Young pula akan berlakon sebagai Hye Jin.

Watak ibu kepada Cha Mi Joo dibawa oleh pelakon lama dan cantik Seo Ji Young untuk drama ini.

Masih ada beberapa watak di dalam drama ini namun tidak dapat dikongsikan lagi , tunggu na.

 

KOMEN DAN REVIEW MENGENAI DRAMA THIRTY NINE 2022~

Seperti yang kita tahu drama ini merupakan antara drama yang dinantikan untuk tahun ini kerana barisan pelakon yang sangat mantap membarisi drama ini.

Jom kita baca komen-komen dari netizen mengenai drama yang bakal ditayangkan ini .

Antara komen mereka adalah Nantikan... barisan pelakon yang hebat. Seronok melihat pelakon yang mempunyai kebolehan lakonan yang baik berlakon dalam watak zaman sebenar.

Ini kerana kesemua watak utama drama ini berusia 39 tahun pada masa rakaman dilakukan iaitu pada tahun 2021.

Watak utama Jeon Mi do , Saya sangat teruja untuk Jeon Mido sebagai peneraju lagi. Dia seorang pelakon yang baik dan semula jadi. Selain itu, dia seorang vokalis yang sangat baik.

 Dia seorang yang lambat berkembang dalam industri tv, tetapi dia benar-benar seorang permata. Saya berterima kasih kepada sesiapa yang menemuinya.

Pelakon yang berbakat Son Ye Jin , Tolong Tolong Sila siarkan ini di Netflix. Son Ye Jin ialah pelakon kegemaran saya yang cantik berbakat sepanjang zaman.

Ramai kurang puas hati dengan episode kesuluruhan iaitu hanya 12 episod , Hanya 12 episod? Drama Pendek lagi? Maaf, saya tidak suka format ini.

Saya gembira JTBC membuat drama "semacam" ini semula, seperti Age of Youth dan Be Melodramatic.

Aku harap drama ni macam drama-drama, aku rasa JTBC ni best kalau drama slice of life. Mereka sentiasa berasa seperti buku dewasa muda / chicklit adaptasi dan JTBC

 sentiasa melakukannya dengan baik. Saya sangat mengharapkannya.

Drama comeback dari Son Ye Jin , Son Ye Jin kembali!!! Dia akan memberikan satu lagi persembahan cemerlang. Saya tidak sabar untuk siri ini.

Gandingan mantap watak utama , Yooooo Mido dan Yejin dalam kdrama bersama!? Ya tolong~! Pasti menjangkakan siri ini dan matlamat persahabatan yang diharapkan dapat ditunjukkan

 

KATA AKHIR

Drama yang bakal ditayangkan pada awal February ini akan ditayangkan di saluran JTBC , korang jangan lupa layan taw drama ni , pastinya drama hit tahun 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post