Biodata Danial Chuer Big Stage 4. Hari ahad lepas kita dah tengok tayangan siaran langsung big stage musim 4. Big Stage merupakan rancangan terbitan astro yang menampilkan bakat-bakat muda yang pandai penyanyi untuk berentap di dalam rancangan ini , yang berjaya ke peringkat akhir akan dipilih seorang juara. Untuk musim ke 4 ini ramai multitalented penyanyi baru yang bertanding , salah seorangnya adalah Danial Chuer.Hari ini una nak kongsi dekat ampa biodata danial chuer peserta big stage4.

Biodata Danial Chuer Big Stage 4



Siapa yang tengok big stage pada ahad lalu mesti korang akan taw kan siapa yang nyanyi lagu “belum siap kehilangan” nyanyian Stevan Pasaribu tu kan.

Mestilah Danial Chuer yang menyanyi lagu itu pada malam minggu pertama big stage 4 , jadi jom kenal-kenal danal chuer.

 

BIODATA DANIAL CHUER BIG STAGE 4 ~

Nama sebenar Danial Chuer adalah Danial Chuer bin Hamasiah @ Samsudin yang baru berusia 20 tahun pada tahun 2022 ini.

Danial Chuer lahir pada 3 April 2001 di Tawau ,Sabah dan beliau menggunakan nama stage beliau Danial Chuer.

Beliau merupakan pelajar university teknologi MARA (uitm0 dalam jurusan muzik , beliau masuk di dalam dunia hiburan pada tahun 2013.

Danial Chuer mempunyai empat adik beradik dan beliau anak bongsu dan merupakan bekas pelajar Sekolah Seni Malaysia Shah Alam.

 

BAGAIMANA DANIAL CHUER TERJUN DALAM BIDANG HIBURAN MALAYSIA~~

Ampa semua mesti tertanya-tanyakan macam mana Danial Chuer ini masuk bidang hiburang kita , pastu korang tertanyakan macam mana dia boleh terkenal.

Danial Chuer masuk dunia hiburan Malaysia pada tahun 2013 sebagai salah seorang peserta Idola Kecil pada musim keenam , muka macam familiar kan.

Waktu dulu-dulu rancangan hiburan idola kecil ni popular , sapa kata tak pernah tengok tu memang muda lagi la tuh, Danial Chuer tak hanya masuk musim keenam.

Namun beliau juga menjadi peserta untuk Idola kecil Ultra , dia bukan masuk saja taw dialah yang merupakan Juara Idola Kecil Ultra.

 

MUNCUL KEMBALI SELEPAS MENYEPI ~~

Selepas memenangi Idola Kecil Ultra , Danial Chuer ada muncul sebagai pelakon bersama senior big stage musim lepas seperti Azzam Sham , Harris Alif dan Afieq Shazwan.

Drama debut beliau adalah Destinasi G4 , lepas tu beliau muncul dengan lagu debut Sinar Pelangi selepas itu beliau menyepi.

Kalau korang tengok Big Stage tu korang boleh taw sebab apa Danial Chuer tetiba menyepikan , dia balik Sabah balik ketika itu.

Selepas menyepi , beliau menjadi viral selepas menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia 3 , nyanyiannya di sana membuatkan beliau menjadi sebutan ramai orang.

Apabila namanya kembali menjadi sebutan , beliau muncul pula sebagai peserta rancangan TV3 yang baru iaitu Vokal Mania.

Tahun 2022 ini beliau kembali merentap dalam rancangan Big Stage 4 , adakah beliau mampu mengekalkan kejuaraan di setiap pertandingan , korang kenalah support.

 

FOLLOW DAN LIKE MEDIA SOSIAL OFFICIAL DANIAL CHUER~~

Setiap artis sangat memerlukan peminat dan sangat memerlukan support dari peminat so ampa kenalah rajin bagi kata semangat dekat artis kesayangan ampa.

Korang boleh follow media sosial official denial chuer di instagram @danialchuer dan di twitter @danialchuer

Kalau nak taw update terkini mengenai denial chuer boleh la follow kedua-dua official media sosial itu ok.

Teruskan support denial chuer okay!! *mana peminat setia Danial Chuer yang nak tambah apa-apa boleh komen di bawah ok.

Post a Comment

Previous Post Next Post