Biodata Ajoi Zainal Big Stage 4.  Sapa layan Big Stage 4 dari minggu pertama sehingga sekarang , sila angkat tangan. Korang mesti kenalkan salah seorang peserta yang muka ala-ala kpop sikit , rambut panjang tu , yup betul dia adalah Ajoi Zainal. Hari ini nak kongsi biodata ajoi zainal yang namanya semakin menjadi sebutan.

Biodata Ajoi Zainal Big Stage 4


Namanya tidak sangat dikenali seperti peserta lain namun beliau pernah viral di sebuah rancangan All Together Now Musim pertama apabila nyanyiannya membuatkan juri-juri menangis.

Sudah berada di minggu ketiga Big Stage 4 , beliau mula mendapat rentak dan mendapat pujian dari juri jadi jom kenali siapakah ajoi zainal , bagaimana beliau terjun di dalam bidang nyanyian.

 

BIODATA AJOI ZAINAL BIG STAGE 4~~

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Qaidzul Zainal Abidin , lahir pada 12 Mac 1998 berumur 24 tahun pada 2022.

Ajoi Zainal lahir di Sungai Udang, Klang, Selangor , berketinggian 170 cm dan sebelum ini beliau dikenali sebagai Qaidzul.

BAGAIMANA AJOI ZAINAL TERJUN DALAM DUNIA HIBURAN MALAYSIA~~

Ajoi Zainal merupakan salah seorang peserta Bintang RTM 2018 namun beliau tersingkir pada minggu ke 7, ini merupakan permulaan karier Ajoi Zainal.

Sebelum menggunakan nama Ajoi Zainal beliau menggunakan nama Qaidzul sebagai nama stage beliau ,semasa menggunakan nama ini beliau menjadi juara Cover Star Era.

Tahun 2018 beliau menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment yang dinaungi oleh ramai artis popular seperti Zizan Razak, Ernie Zakri , Syamel , Irfan Haris dan banyak lagi.

Beliau memasuki rancangan Mentor Milenia 2019 sebagai salah seorang peserta Top 20 yang mana rancangan itu dimenangi oleh Apex Tajudin.

Lagu pertama beliau adalah Tak Perlu Ungkapkan yang dihasilkan oleh DJ Fuzz namun kurang mendapat sambutan.

Beliau menamatkan kontrak bersama Rocketfuel Entertainment pada 2019 , tahun berikutnya beliau bertanding di dalam rancangan terbaru Astro All Together Now Malaysia.

Di rancangan itu, beliau menjadi juara dan menjadi peserta pertama yang mendapat 100 markah juri dan layak ke final dan tahun ini juga beliau menandatangani kontrak bersama Sony Music Malaysia.

LAYAK BERTANDING DI BIG STAGE BIARPUN TIADA LAGU HIT?

Ramai tertanya-tanyakan , ok jawapannya beliau mendapat tontonan yang banyak di TikTok apabila lagu yang dicover menjadi viral di Malaysia dan Indonesia.

Jumlah tontonan beliau disana diambil kira untuk beliau layak bertanding di dalam Big Stage 4 bersama rakan-rakan lain.

Ajoi Zainal juga menjadi viral apabila nyanyian beliau di All Together Now menjadi viral dan juri-juri juga menangis mendengar nyanyian beliau.

 

MEDIA SOSIAL OFFICIAL AJOI ZAINAL~~

Korang yang mana nak tahu update terkini dari Ajoi Zainal boleh lah like instagram official beliau di sini >> @ajoizainal , dekat sini korang boleh dengar cover2 dari Ajoi.

Selain instagram , dekat TikTok korang follow sini >>@ajoi_zainal , dekat sini beliau sudah mempunyai 276.7K pengikut dan mempunyai lebih 2 JUTA like.

Teruskan support Ajoi Zainal dan rakan-rakan di Big Stage 4 dan jangan lupa layan siaran langsung live Big Stage setiap Ahad 9 malam.

 

Post a Comment

Previous Post Next Post