Biodata Yazmin Aziz Big Stage 4. Big Stage untuk musim ke 4 ini mendapat perhatian yang sangat meluas dari maasyarakat Malaysia. Ada yang memberi komen positif dan ada juga yang memberikan komen negative. Rancangan big stage 4 ini menampilkan barisan peserta yang sangat berbakat dan unik salah seorang darinya adalah Yazmin Azin jadi hari ini una nak share dekat ampa biodata Yazmin Aziz big stage 4.

Biodata Yazmin Aziz Big Stage 4



Gadis campuran Malaysia-Filipina ini ketika di atas pentas sangat berkeyakinan dan membuat persembajan dengan begitu lincah sekali , jom baca macam mana Yazmin masuk dunia hiburan ini.

 

BIODATA YAZMIN AZIZ BIG STAGE 4~~


Nama sebenar Yazmin Aziz adalah Yazmin Aldwin binti Abdul Aziz , lahir pada 10 September 2001 dan berumur 21 tahun pada 2022.

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan Yazmin Aziz merupakan anak pertama dari tiga adik beradik.

Yazmin Aziz merupakan pelajar Diploma Komunikasi dan kini sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Sastera dalam Komunikasi Massa (Pengajian Media) di Universiti HELP.

Beliau tidak hanya aktif di instagram namun juga di TikTok beliau juga seorang yang popular banyak video beliau menjadi viral.

Yazmin Aziz seorang yang pandai bermain gitar dan banyak memenangi pingat untuk persembahan vocal di Kejohanan Seni Persembahan Maya 2020.

Ibu Yazmin Aziz adalah berbangsa Melayu , bapa dan bapa tiri beliau berasal dari Filipina, beliau juga pernah tinggal di Filipina selama 5 tahun.

Beliau juga seorang yang fasih dalam Bahasa Melayu , Tagalog dan Inggeris , antara sebutan Englishnya yang viral adalah “Hey Baby Boys Baby Girls.

BAGAIMANA YAZMIN AZIZ BOLEH MASUK DALAM BIDANG NYANYIAN ~~

Yazmin Aziz sangat meminati muzik sejak kecil dan sudah menulis lagu ketika beliau baru berumur 12 tahun , beliau debut pada tahun 2017.

Lagu pertama beliau adalah “Lihatlah” yang ditulis oleh beliau bersama cikgu vokalnya iaitu Vince Chong.

Yazmin Aziz menjadi terkenal apabila cover lagu Sakit dari Yonnyboii dan Zynakal yang beliau muat naik di aplikasi Tiktok menjadi viral/

Beliau juga pernah memasuki rancanga popular Tv3 Lagu Cinta Kita pada tahun 2020 bersama Syahmi Irfan.

 

FOLLOW DAN LIKE MEDIA SOSIAL OFFICIAL YAZMIN AZIZ~~

Kalau korang follow media sosial Yazmin Aziz pastinya tidak bosan kerana banyak content-content yang menarik diupload oleh beliau.

Korang boleh follow instagram official beliau di sini >>> @yazmin.aziz , disini beliau sudah memiliki 92.5k pengikut.

Selain itu, korang boleh follow juga fanclub official Yazmin Aziz yang bernama besprennns di sini >> @besprennns , dekat sini korang boleh tengok cara-cara mengundi Yazmin Aziz.

Di TikTok beliau sangat popular , dengan memiliki 678 ribu followers dan memiliki lebih 14.5 Juta likes , korang yang mana belum follow boleh follow di sini >>@yazminaziz

Yazmin Aziz masih lagi sedang bersaing di Big Stage so korang teruskan support beliau dan rakan-rakan beliau seperti Aisha Retno , Danial Chuer , Megat Rahim , Tuah Adzmi , Tegar ,

 Sofiaa Mariella , Elica Paujin , Ajoi Zainal dan ramai lagi , komen yang baik-baik untuk mereka semua.

Good Luck Yazmin Aziz dan peserta lain !!

 

Post a Comment

Previous Post Next Post