Profil Drama The Killer's Shopping List Lakonan Lee Kwang Soo. Peminat Lee Kwang Soo mana , Kwang Soo akan kembali dengan drama terbaru setelah lama berehat. Drama The Killer's Shopping List merupakan drama yang bakal ditayangkan di saluran TvN tidak lama lagi. Jom baca mengenai profil drama The Killer's Shopping List ini.

Profil Drama The Killer's Shopping List Lakonan Lee Kwang Soo


Drama The Killer's Shopping List ini merupakan drama gandingan Lee Kwang Soo bersama Seolhyun dari kumpulan AOA.

Ini merupakan gandingan pertama di antara Lee Kwang Soo dan Seolhyun dimana sebelum ini kita hanya melihat chemistry mereka di Running Man.

PROFIL DRAMA THE KILLER’S SHOPPING LIST 2022~~


Drama The Killer's Shopping List ini bakal ditayangkan di salur TvN , tajuk drama ini dalam tulisan korea adalah  살인자의 쇼핑목록 dan juga dikenali Salinjaui Syopingmoglog.

The Killer's Shopping List ini merupakkan drama yang diarahkan oleh pengarah hebat Lee Eon Hee yang banyak mengarahkan filem hit seperti Missing dan The Accidental Detective 2.

Drama ini merupakan drama pertama arahan beliau manakala penulis drama ini adalah Han Ji Wan yang merupakan penulis drama Wanted, Somebody , The Ghost Detective.

Bertemakan misteri , komedi dan jenayah adalah tema drama The Killer's Shopping List 2022 ini.

Drama ini bakal ditayangkan pada 20 April 2022 sehingga 12 may 2022 dan ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis selama 1 jam 1 episod.

SINOPSIS DRAMA THE KILLER'S SHOPPING LIST 2022~~



Mengisahkan tentang Dae-Sung (Lee Kwang-Soo) mempunyai ingatan yang sangat baik dan dia juga seorang yang pemalu. 

Walaupun dia gagal dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai awam peringkat 9 selama 3 tahun, dia masih belajar untuk lulus peperiksaan itu. 

Dia bekerja sambilan di MS Mart di pinggir bandar Seoul, milik ibunya Myung-Sook (Jin Hee-Kyung). 

Teman wanitanya ialah A-Hee (Seol Hyun) dan dia bekerja sebagai pegawai polis , kedua-dua mereka ibu dan teman wanitanya sentiasa menyokong beliau.

Pada suatu hari, satu kes pembunuhan misteri berlaku berhampiran sebuah bangunan pangsapuri.

MS Mart terletak berhampiran dengan tempat kejadian, A-Hee menyiasat kes pembunuhan itu sendiri. 

Tidak lama kemudian, Dae-Sung dan Myung-Sook menyertai siasatannya dan satu-satunya petunjuk kes pembunuhan itu ialah resit yang dikeluarkan daripada MS Mart.

Jika benar, maknanya Dae Sung telah menjumpai penjenayah itu tanpa sedar, nantikan kisah menarik semasa penyiasatan mereka.

Mampukah Dae Sung dan A-Hee berjaya menyelesaikan kes ini dan apakah rahsia disebalik kes pembunuhan ini.

AKHIR KATA~


Drama ini sedang menjalani rakaman so korang kena tunggu sehingga bulan 4 ini untuk melihat drama ini.

Bagaimana chemistry di antara Kwang Soo dan Seolhyun , kenalah tengok drama ini mesti kelakar sebab Kwang Soo kan. 

The Killer's Shopping List adalah drama komedi so mesti tak akan bosan , ampa jangan lupa layan taw nanti.

 

Post a Comment

Previous Post Next Post