Biodata Wan Sharmila Pelakon Drama Melayu. Drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia drama Melayu akan keluar tidak lama lagi. Jalan cerita yang bertemakan keluarga dan memaparkan kehidupan masyarakat Melayu ini berjaya menarik ramai orang untuk melihat drama ini sehingga menjadi siri popular di TV3. Salah seorang watak yang menaikkan jalan cerita ini adalah tunggak utama utama drama ini iaitu Sofi yang dilakokan oleh Wan Sharmila, jom baca biodata wan sharmila.

Biodata Wan Sharmila Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3


Drama 7 Hari Mencintaiku ini menjadi kegilaan ramai lapisan masyarakat dek kerana lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon drama ini.

Pelakon drama ini yang iaitu Siti Saleha , Syukri Yahaya , Mak Leha , Syazwan Zulkifli dan Wan Sharmila sekali lagi akan memainkan emosi kita untuk musim ketiga ini.

BIODATA PENUH WAN SHARMILA PELAKON 7 HARI MENCINTAIKU 3~~

Nama sebenar beliau adalah Wan Sharmila binti Wan Muhamed lahir pada 12 oktober 1981 di Johor Baharu.

Wan Sharmila berusia 41 tahun pada tahun 2022 (muka macam 20tahun. . jeles!!) dan beliau merupakan anak bongsu dari dua adik beradik.

Beliau mempunyai nama panggilan manja "Lala" dan beliau juga  merupakan anak saudara kepada pelakon senior lagenda Malaysia iaitu Wan Maimunah.


PERMULAAN KARIER LAKONAN WAN SHARMILA~~

Wan Sharmila memulakan karier beliau sebagai pelakon adalah pada tahun 2007 apabila beliau menjadi pelakon pembantu dalam drama Emil Emida.

Selepas itu, beliau membintangi drama Kisah Kaisara terbitan TV3 bersama Sari Yanti dan memegang watak Amy.

Sepanjang bergelar sebagai pelakon beliau sudah membintangi lebih dari 20 drama dan nama beliau menjadi sebutan apabila drama Tuan Anas Mikael menjadi popular. 

Drama yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Zara Zya, Wan Sharmila membawa watak bernama Kay dan ramai memuji lakonan mantap beliau.

Tahun 2016, beliau membintangi 4 drama tempatan iaitu Cinta Si Wedding Planner , Suami Tanpa Cinta, Bibik-Bibiku dan 7 Hari Mencintaiku.

Tahun 2020 nama beliau menjadi sebutan apabila drama 7 Hari Mencintaiku 2 menjadi popular , ramai menyukai gandingan beliau dan Syazwan Zulkifli.

Sofi dan Helmi merupakan watak scene stealer pada musim kedua drama itu , lakonan mereka berdua mendapat pujian ramai.

Tahun 2022 ini sekali lagi akan dapat dilihat gandingan Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifli , macam manakah hubungan mereka di dalam drama ini kena tengok lah 7 Hari Mencintaiku 3.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL WAN SHARMILA ~~

Boleh follow instagram Wan Sharmila di @lala.wansharmila , dekat sini korang boleh tengok aktiviti-aktiviti harian wan sharmila.

Korang boleh juga tengok product yang dikeluarkan oleh Wan Sharmila , beliau mempunyai 1.5 juta pengikut di instagram.

Teruskan support karier lakonan Wan Sharmila.

Post a Comment

Previous Post Next Post