Keputusan Penuh Malam Final Big Stage 2022. Malam yang dinanti-nantikan semua orang akhirnya terjadi apabila pada malam Ahad berlangsungnya final big stage 2022. Pada final big stage 2022 itu kita dapat saksikan persembahan yang sangat terbaik dari kesemua peserta, jom baca dekat bawah keputusan penuh malam big stage 2022.

Keputusan Penuh Malam Final Big Stage 2022


Malam final big stage itu kita dapat saksikan saingan 3 penjuru yang sangat wow dari Elica Paujin , Aisha Retno dan Danial Chuer.

Peserta membuat persembahan secara solo dan  secara duet bersama dengan artis popular Malaysia dan juga dapat disaksikan pesembahan dari penyanyi no 1 dato seri siti nurhaliza.

Para peserta yang membuat persembahan adalah finalis Aisha Retno , Elica Paujin , Danial Chuer , Yazmin Aziz dan Tegar Septian 

MARKAH PENUH FINAL BIG STAGE 2022~~

Malam final itu kita dapat saksikan  Elica Paujin dinobatkan sebagai Juara Big Stage 4 , beliau menewaskan 4 orang finalis lagi.

Elica Paujin membawakan lagu Cinta dari Marsha dengan begitu terbaik sekali dan beliau turut berduet bersama Hael Husaini dengan lagu Believer .

Markah yang diperolehi oleh Elica adalah 66.2% untuk markah juri manakala 12.71% untuk markah online dan keseluruhannya adalah 78.93%.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Danial Chuer yang pada malam itu membawa lagu Hilang Naluri dari Once dan berduet bersama Shila Amzah dengan lagu Still Love You.

Danial Chuer turut membuat persembahan yang wow pada malam itu, beliau mendapat 66.64% markah juri dan 5.98% markah online dan keseluruhannya 72.62%.

 Aisha Retno yang sentiasa membuat persembahan terbaik sepanjang musim big stage ini berjaya mendapat tempat ke 3 big stage 2022.

Dengan membuat persembahan lagu  Fallin' dari Alicia Keys dan berduet bersama Jaclyn Victor dengan lagu Semua Jadi Satu dari 3 Diva.

Aisha berjaya mendapat markah sebanyak 66.57% untuk markah juri manakala untuk markah online beliau mendapat 4.47% dan keseluruhan markah Aisha adalah 71.0%.

Tempat keempat dimenangi oleh "bestfrien' Yazmin Aziz yang turut membuat persembahan yang wow pada malam itu dengan lagu Seksis dari Anita Sarawak dan Pawana bersama Syamel.

Markah keseluruhan yang diterima oleh Yazmin adalah 59.35% iaitu 57.05% untuk markah dari juri dan 2.30% adalah markah online.

Tegar Septian  satu-satunya peserta dari luar negara yang berjaya ke final dan mendapat kedudukan ke 5 di final big stage 2022.

Tegar Septian membuat persembahan solo dengan menyanyikan lagu It's Only Me dari Kaleb J dan bersama Sufi Rashid mereka menyanyikan lagu Ada Gajah Dibalik Batu dari Wali.

Dengan markah 54.60% dari markah juri dan 4.53% adalah dari markah online, Tegar berjaya memperolehi keseluruhan 59.13% markah.

TAHNIAH BUAT SEMUA TEAM BIG STAGE 2022~~

Tahniah diucapkan kepada semua finalis big stage 2022 kerana sudah membuat persembahan sehabis baik dan tahniah mendapat kesemua tempat dari juara sehingga ke 5.

Selepeas ini korang kena teruskan support karier sebenar mereka semua ok , semoga mereka keluarkan lagu-lagu yang terbaik selepas ini.

Terima kasih juga buat pengacara  Alif Satar dan Sherry Alhadad kerana berjaya mengemudi rancangan berskala besar ini dengan baik tanpa ada kesilapan , jumpa lagi next season.

Selamat maju jaya buat semua peserta big stage 2022 dan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak buat semua orang Islam.

Post a Comment

Previous Post Next Post