Lagu Tugasan Peserta Big Stage 2022 Minggu Akhir.  Pejam celik pejam celik sudah sampai minggu akhir big stage 2022.Bermula dengan 12 orang peserta sehingga tinggal 5 peserta yang akan bertarung di final big stage 2022. Siapakah yang akan membawa pulang gelaran juara big stage 2022 akan diketahui tidak lama lagi , korang boleh lihat lagu tugasan peserta big stage 2022 untuk minggu akhir dibawah.

Lagu Tugasan Peserta Big Stage 2022 Minggu Akhir


Minggu lepas kita dapat saksikan berlaku penyingkiran yang tidak dijangka apabila Ajoi Zainal diumumkan menjadi peserta terakhir yang meninggalkan pentas big stage 2022.

Hanya 5 peserta yang berjaya mara ke final big stage 2022 iaitu Aisha Retno , Elica Paujin , Danial Chuer , Yazmin Aziz dan Tegar Septian 

Malam final Big Stage 2022 akan diacarakan oleh gandingan pengacara hebat Alif Satar dan Sherry Alhadad.

KEPUTUSAN JUMLAH MARKAH PESERTA BIG STAGE 2022~~

Pada minggu bertemakan Flex & Battle Mashup malam Ahad yang lalu dapat kita saksikan Danial Chuer berjaya mendapat tempat pertama dengan markah juri 93% dan 16.48% markah online.

Turun satu kedudukan dari minggu lepas, Aisha Retno yang menyanyikan lagu Sumpah dari Aina Abdul mendapat 87.80% markah juri dan 15.02% markah online.

Yazmin Aziz menunjukkan taring pada minggu separuh akhir apabila berjaya memperolehi markah 79.30% dan 9.43% dari juri dan online.

Di tempat ke empat Elica Paujin yang menyampaikan lagu Anggapanmu dari Ziana Zain memperolehi markah juri sebanyak 77.40% dan markah online sebanyak 26.87%.

Di bottom 2 kita saksikan Tegar Septian dan Ajoi Zainal yang mendapat markah juri 76.10% untuk Ajoi Zainal manakala Tegar Septian 65.10%

Yang menyebabkan Ajoi tersingkir adalah perbezaan pada markah online dimana Tegar memperolehi 22.12% manakala Ajoi 10.09%.

LAGU TUGASAN MINGGU AKHIR BIG STAGE 2022~~

Untuk minggu akhir peserta diberikan dua tugasan dan dua tema yang berbeza iaitu Ultimatum Sol dan Ultimatum Duet.

Peserta akan membuat persembahan secara solo dan berduet dengan penyanyi terkenal di Malaysia.

Aisha Retno => Fallin (Alicia Keys) / Duet bersama Jaclyn Victor => Semua Jadi Satu (3 Diva)

Elica Paujin  => Cinta (Marsha Milan) / Duet bersama Hael Husaini => Believer (Imagine Dragons)

Yazmin Aziz => Seksis (Anita Sarawak) / Duet bersama Syamel => Pawana (Search)

Danial Chuer  => Hilang Naluri (Once) / Duet bersama Shila Amzah => Still Love You (Lee Hong-gi & Yoo Hwe-seung)

Tegar Septian  => It's Only Me (Kaleb J) / Duet bersama Sufi Rashid => Ada Gajah Dibalik Batu (Wali)

Lagu-lagu tugasan pada malam final kesemua best-best belaka dan pasangan duet peserta-peserta juga bukan biasa-biasa pastinya malam itu akan menjadi malam penuh dengan vogue.

Siapakah yang akan menjadi juara big stage 2022, korang kenalah tengok dari awal sehingga habis hari Ahad ini ya.

Good luck untuk semua peserta big stage 2022, kalah menang semua adat pertanding yang pastinya korang dan buat terbaik!

Ahad jam 9 malam di Astro Ria , jangan lupa taw !.

Post a Comment

Previous Post Next Post