Biodata Siti Saleha Pelakon Wanita Terbaik Malaysia. Drama popular TV3 7 Hari Mencintaiku kembali menemui penonton kembali untuk musim ke tiga. Drama 7 Hari Mencintaiku 3 merupakan drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat drama Malaysia. Menemui penonton pada bulan Ramadhan 2022 , watak yang paling dirindui adalah Mia Adriana lakonan Siti Saleha. Jom kita baca biodata Siti Saleha pelakon 7 hari mencintaiku 3.

Biodata Siti Saleha Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3

Sebelum tu korang yang nak taw macam mana sinopsis drama 7 hari mencintaiku 3 boleh tengok sini >>> Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 3

Siti Saleha atau panggilan Sally menerajui drama ini bersama Shukri Yahaya , Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifli sebagai tunggak utama. 

BIODATA SITI SALEHA PELAKON 7 HARI MENCINTAIKU 3~~

Nama sebenar Siti Saleha adalah Siti Saleha Mohd Baharum lahir pada 14 Mac 1990 merupakan berdasar campuran Inggeris Malaysia .

Mempunyai darah kacukan Inggeris dari Ibu beliau Tracey Johnson dan bapanya Melayu, merupakan anak ketiga dari empat adik beradik.

Siti Saleha lahir di Basildon , England  dan pada tahun 2022 beliau berumur 32 tahun serta merupakan pemegang Diploma Komunikasi Massa.

Beliau juga merupakan adik kepada vokalis kumpulan popular Bunkface iaitu Sam.


BAGAIMANA SITI SALEHA MASUK DALAM DUNIA HIBURAN~~

Siti Saleha mula menjejak kaki dalam dunia hiburan pada ketika berusia 12 tahun apabila beliau dipilih menjadi model komersial dan beberapa iklan TV pada tahun 2002.

Karier lakonan Siti Saleha bermula pada 2008 , beliau menjadi watak utama di drama 5 Jingga yang bersiaran di 8TV.

Seterusnya beliau membintangi drama Kasut Tumit Tinggi sebagai watak pembantu, Siti Saleha juga pernah membintangi drama hit Awan Dania pada musim kedua sebagai watak pembantu.

Tahun 2009 merupakan pertama kali beliau membintangi telefilem yang  bertajuk Topeng Putih diikuti dengan Hati Batu dan Senandung Semalam.


POPULARITI MENINGKAT DAN NAMA SERING MENJADI SEBUTAN ~~

Nama Siti Saleha mula menjadi sebutan dan kegilaan peminat drama Melayu apabila drama Nora Elena menjadi popular sehingga terkena tempiasnya kepada beliau.

Di dalam Nora Elena , Siti Saleha memegang watak utama dan beliau bergandingan dengan aktor popular Aaron Aziz .

Lakonan beliau di dalam drama Nora Elena menerima pujian yang banyak dari penonton sejak itu nama beliau semakin dikenali.

Pada 2016 , beliau bergandingan bersama Syukri Yahaya dalam menerajui drama 7 Hari Mencintaiku , drama ini banyak mendapat tontonan dari penonton.

2020 sekali lagi Siti Saleha muncul dengan dua drama pertama Manuskrip Cinta dan drama hit 7 Hari Mencintaiku 2.

Pada tahun 2020, drama 7 Hari Mencintaiku 2 menjadi fenomena apabila tidak hanya mendapat rating tertinggi namun menjadi viral di media sosial.

Nama pelakon-pelakon utama drama itu setiap hari menjadi sebutan dan kegilaan ramai tidak kira peringkat umur.

FOLLOW MEDIA SOSIAL OFFICIAL SITI SALEHA~~


Korang yang baru minat Siti Saleha jangan lupa follow dan like media sosial official Siti Saleha untuk mengetahui update terkini beliau di sini >> @sallywho

Dekat instagram beliau korang boleh lihat aktiviti harian serta produk-produk yang diwakili oleh Siti Saleha.

Boleh juga follow fan club Siti Saleha di sini >>> @teamsitisaleha ,dekat fanclub ini korang boleh taw juga ada anugerah2 ape yang boleh korang join nak undi .

Teruskan support karier Siti Saleha okay!!



Post a Comment

Previous Post Next Post