Biodata Nam Ji Hyun Pelakon Little Women 2022. Drama Korea yang sedang trending dan viral di seluruh dunia adalah drama little women. Drama yang menampilkan 3 pelakon wanita yang sangat berbakat iaitu Kim Go Eun , Nam Ji Hyun dan Park Ji Hu sebagai tunggak utama. Hari ini kami akan kongsi dengan ampa biodata nam ji hyun pelakon little women 2022.

Biodata Nam Ji Hyun Pelakon Little Women 2022


Drama Little Women adalah drama mengisahkan tentang 3 beradik perempuan yang terlibat dengan satu kes pembunuhan yang terbesar dan mereka terpaksa merungkai setiap yang terjadi.

Review mengenai drama little women ini , sangat menarik dan drama yang lain dari yang lain ampa kena tengok , Nam Ji Hyun membawa watak Oh In Kyung yang merupakan anak kedua dan seorang wartawan.

BIODATA NAM JI HYUN (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Nam Ji Hyun sama seperti nama stage beliau , lahir pada 17 September 1995 di Incheon , Korea.

Nam Ji Hyun merupakan pelajar jurusn Psychology dari University Songang , beliau mula masuk bermula 2014 dan graduate pada 2020.

Ramai memuji beliau kerana berjaya menamatkan pengajiannya ketika beliau aktif berlakon.

Nam Ji Hyun mula berlakon pada 2004 pada ketika berumur 9 tahun, beliau terkenal pada sebagai pelakon cilik yang meningkat naik.

Beliau sudah terkenal sejak kecil lagi apabila drama lakonan beliau ketika kecil East of Eden dan  Queen Seondeok ditayangkan.

Apabila sudah meningkat dewasa sekali lagi beliau mendapat perhatian apabila beliau mendapat tawaran watak utama pada 2016.

Drama pertama sebagai watak utama Nam Ji Hyun adalah Shopaholic Louis bersama dengan pelakon kacak Seo In Guk , beliau menerima pujian dari penonton.

Kemudiannya beliau berlakon di dalam drama Suspicious Partner bersama Ji Chang Wook , drama ini mendapat rating yang sangat tinggi.

Nam Ji Hyun juga menerima anugerah pelakon wanita terbaik dengan drama ini dan nama beliau juga semakin mendapat perhatian.

2022 beliau muncul kembali dengan drama Little Women bersama dengan Kim Go Eun dan Park Ji Hoo.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL NAM JI HYUN ~~

Buat peminat baru Nam Ji Hyun korang boleh follow official media sosial beliau di sini >>@hyuniiiiiii_95917

Korang boleh tengok update terkini mengenai drama atau produk yang diwakili oleh Nam Ji Hyun di media sosial beliau.

Teruskan support kerjaya Nam Ji Hyun ~~





Post a Comment

Previous Post Next Post