Kenali Biodata Shila Amzah Peserta Gegar Vaganza 9. Fenomena yang kembali mengegar Malaysia tiba kembali iaitu fenomena gegar vaganza. Setiap tahun apabila rancangan gegar vaganza ditayangkan pastinya menarik perhatian ramai peminat untuk menonton. Gegar Vaganza 9 kali ini mendapat perhatian dek kerana peserta yang bertanding, rata-ratanya adalah penyanyi popular , salah seorang darinya adalah Shila Amzah. Jom kenali biodata shila amzah peserta gegar vaganza 9.

Kenali Biodata Shila Amzah Peserta Gegar Vaganza 9


Nama Shila Amzah antara yang menjadi sebutan setelah nama peserta gegar vaganza 9 diumumkan , ramai tidak menjangkakan beliau akan menjadi salah seorang peserta GV9.

Minggu pertama persembahan Shila Amzah menerima pujian dari juri dan penonton , kehebatan beliau menyanyi tidak perlu dipertikaikan lagi , beliau berada di satu tahap yang lain.

BIODATA SHILA AMZAH (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah NurShahila binti Amir Amzah lahir di Kuala Lumpur pada 13 Ogos 1993 , menggunakan nama stage Shila Amzah.

Beliau merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik , beliau mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

Shila Amzah merupakan anak kepada penyanyi popular 80 an iaitu ND Lala, beliau memiliki seorang anak lelaki bernama Seth Uwais.

Untuk info korang , Shila mula bernyanyi ketika umur 9 tahun dan sudah menyanyi di tempat muzikal ketika kecil.

Shila Amzah memasuki rancangan One In A Million pada 2007 , beliau berjaya menduduki tempat kedua manakala juara dimenangi oleh Ayu.

Lagu terbaru Shila Amzah dan Liza Hanim korang boleh tengok sini >>BAHAGIAKAN DIA

MEDIA SOSIAL OFFICIAL SHILA AMZAH ~~

Mesti dekat sini ramai kan peminat baru Shila Amzah kan , tambah-tambah lepas tengok persembahan beliau dekat GV9 kan.

Ampa semua rajin-rajin follow official media sosial beliau di sini>> @shahilaamzah , dekat sini korang boleh tengok update terkini dari beliau.

Shila Amzah masuk gegar vaganza merupakan salah satu kejutan yang tidak disangka-sangka selain dari kemasukan Jaclyn Victor.

Teruskan support Shila Amzah di Gegar Vaganza 9 , undi beliau banyak-banyak untuk beliau menang anugerah yang diberikan setiap minggu.

Good luck Shila Amzah.


Post a Comment

Previous Post Next Post