Kenali Biodata Siti Khadijah Pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali. Drama Melayu yang kini menjadi perbualan ramai orang dan mendapat tontonan yang tinggi di tv dan media sosial adalah drama sekali lagi cinta kembali. Drama yang diterajui oleh dua pelakon baru iaitu Aniq Suhair dan Siti Khadijah ini berjaya mencipta fenomena baru untuk industri drama Malaysia. Jom kita kenali biodata siti khadijah pelakon sekali lagi cinta kembali.

Kenali Biodata Siti Khadijah Pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali

Siti Khadijah adalah merupakan salah seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik , beliau banyak menerima tawaran menjadi watak utama.

Di dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali , beliau bergandingan dengan pelakon baru yang juga nama semakin menjadi sebutan Aniq Suhair.

BIODATA SITI KHADIJAH (2022)~ ~

Nama sebenar beliau adalah Siti Khadijah binti Abdul Halim lahir pada 27 Mac 1997 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Siti Khadijah mempunyai empat orang adik beradik, beliau merupakan pemegang Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan, Uitm Lendu , Melaka.

Beliau merupakan seorang model dan pelakon , memulakan karier lakonan pada tahun 2019 setelah menjuarai rancangan Gadis Panca NR 2017.

Syarikat yang menjaga aktiviti seni Siti Khadijah sekarang ini adalah A. Aida Production, beliau menerima kontrak 2 tahun setelah memenangi Gadis Panca NR 2017.

Drama pertama lakonan Siti Khadijah adalah Rumah Siti Khadijah dan Dia Yang Ku Cinta yang bersiaran di TV3.

Tahun 2019 juga beliau menceburi dunia pengacaraan apabila beliau menjadi pengacara di rancangan Buletin113 (Musim 3) di Salam HD.

Beliau mula berlakon dalam banyak drama pada 2021 apabila beliau membintangi 4 drama iaitu The Maid, Marry Me Senorita, Isolasi dan Dukun Diva.

2022 merupakan tahun terbaik buat beliau apabila nama beliau mula menjadi sebutan dan dikenali oleh peminat drama Malaysia.

Beliau membawa watak utama di dalam drama Ash & Aish bersama Meerqeen dan sekarang drama yang sedang menjadi sebutan ramai iaitu Sekali Lagi Cinta Kembali bersama Aniq Suhair.

Siti Khadijah juga sangat popular di laman sosial instagram kerana beliau banyak 'post' OOTD yang sangat cantik dan menarik.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL SITI KHADIJAH ~~

Siti Khadijah juga pernah menjadi pelakon muzik video untuk penyanyi Amir Hasan di dalam lagu 'Bicaramu' dan 'Bunga' dari Kugiran Masdo.

Sapa yang nak tengok update terkini mengenai aktiviti seni Siti Khadijah boleh follow beliau disini > >@sitikhadijahhalim

Ampa boleh juga follow fanclub beliau di sini >> @sweetiesofsiti , dekat sini korang boleh taw kot2 ada event yang boleh jumpa siti khadijah.

Teruskan support kerjaya Siti Khadijah, beliau merupakan antara pelakon harapan Malaysia yang boleh berkembang jauh.

Selamat maju jaya Siti Khadijah.

Post a Comment

Previous Post Next Post