Profil, Biodata Hael Husaini Kapten Terpaling Juara 2022. Rancangan terbaru TV3 yang kian menjadi sebutan netizen Malaysia iaitu Terpaling Juara yang ditayangkan pada setiap malam Ahad. Terpaling juara merupakan rancangan yang meletakkan 3 kapten yang terdiri dari pemenang juara anugerah juara lagu dan mereka akan membimbing penyanyi lama dan penyanyi baru untuk membuat persembahan. Salah seorang kapten adalah hael husaini jadi mari kita tengok profil, biodata hael husaini kapten terpaling juara 2022

Profil, Biodata Hael Husaini Kapten Terpaling Juara 2022


Hael Husaini , Naim Daniel dan Akim Ahmad bertindak sebagai kapten di dalam rancangan , setiap mereka mempunyai seorang artis lama dan artis bbnu yang perlu dibimbing.

Jom kita kenal-kenal dengan Hael Husaini kapten ini.

BIODATA HAEL HUSAINI (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Hal Husaini bin Razmi lahir pada 10 Disember 1987 di Seri Menanti , Negeri Sembilan, menggunakan nama "Hael Husaini" sebagai nama stage.

Hael Husaini merupakan seorang bapa kepada seorang anak perempuan dan sepasang kembar lelaki , beliau mengambil mereka sebagai anak angkat ketika mereka masih kecil.

Anak perempuan beliau bernama Nur Helena manakala kembarnya pula bernama Haelmy dan Haelman.

Kerjaya Hael Husaini tidak hanya penyanyi , beliau adalah seorang penulis lirik, komposer, penulis lagu.

PERMULAAN KARIER DALAM DUNIA HIBURAN MALAYSIA ~~

Hael Husaini memulakan karier beliau apabila pada 2006 beliau menghadiri ujibakat rancangan One In A Million namun tidak berjaya, pada musim itu dimenangi oleh Suki Low.

Selepas itu , beliau memasuki rancangan Mentor pada 2009 sebagai penyanyi duo bersama Erul Samah, mereka berdua terpilih menjadi protege kepada Jaclyn Victor.

Bersama Erul Samah mereka membentuk kumpulan 'Evo' namun mereka tersingkir sebelum masuk ke separuh akhir mentor 3.

Hael kemudiannya memasuki rancangan popular Astro iaitu Akademi Fantasia 10 bersama pasangan duo Azhar dan nama kumpulan mereka adalah Azhael.

Dengan AZHAEL nama Hael semakin dikenali , mereka berjaya menduduki tempat kedua Akademi Fantasia 10.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL HAEL HUSAINI ~~

Buat peminat baru Hael Husaini korang boleh follow media sosial beliau di sini>> @haelhusaini , disini beliau memiliki 1.9 juta pengikut.

Korang yang belum follow, jangan lupa follow dan teruskan support hael husaini di dalam rancangan Terpaling Juara ini.

Info untuk korang, Hael Husaini juga merupakan seorang penyanyi yang memenagi 4 anugerah di anugerah juara lagu.

Banyak lagu ciptaan dan penulisan dari Hael yang berjaya mara ke final Anugerah Juara Lagu sepanjang karier beliau.

Teruskan support kerjaya Hael Husaini.

Post a Comment

Previous Post Next Post