Sinopsis Under The Queen's Umbrella Lakonan Pelakon Cantik Kim Hye Soo. Hi korang semua ! drama korea terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi akan menampilkan pelakon popular dan cantik Kim Hye Soo. Kim Hye Soo adalah nama yang sangat terkenal di Korea dengan lakonan yang mantap dalam filem dan drama kali ini beliau kembali di dalam dunia drama dengan berlakon di dalam the queen's umbrella. Jom kita baca sinopsis the queen's umbrella lakonan pelakon cantik kim hye soo.

Sinopsis The Queen's Umbrella Lakonan Pelakon Cantik Kim Hye Soo

Kim Hye Soo merupakan seorang pelakon wanita Korea yang lakonan beliau sangat mantap dan beliau merupakan salah seorang pelakon yang banyak menerima anugerah di Korea.

Kalau drama dan filem Kim Hye Soo sebelum ini kebanyakkannya "Girl Power" dan banyak aksi namun kali ini beliau membawa watak queen, pastinya ramai tidak sabar untuk melihat.

SINOPSIS THE QUEEN'S UMBRELLA (2022)~~

Mengisahkan tentang Di dalam istana terdapat putera-putera yang menyusahkan yang tidak menyebabkan apa-apa selain sakit kepala bagi keluarga diraja dan akan bertukar menjadi putera mahkota yang sesuai. 

Ibu mereka, Im Hwa Ryeong, adalah isteri seorang raja yang hebat.

Tetapi daripada mempunyai aura keanggunan dan keanggunan, dia adalah seorang ratu yang berduri, sensitif dan pemarah. Sekali lagi tenang, dia berubah kerana orang terus menekan butangnya. 

Dia adalah seorang permaisuri yang kadang-kadang meninggalkan kesombongannya malah terkenal dengan sumpah serapah! 

Setiap hari dalam hidupnya penuh dengan ujian, tetapi dia mengharunginya, semuanya demi anak-anaknya.

BARISAN PELAKON THE QUEEN'S UMBRELLA~~

Barisan pelakon yang membintangi drama ini bukan biasa-biasa taw, Kim Hye Soo di dalam drama ini membawa watak bernama "Queen Hwaryeong"

Manakala yang membawa watak ibu mertua "Queen Hwaryeong" pula dibawa oleh pelakon senior Kim Hae Sok yang juga terkenal dengan lakonan yang mantap.

Selain itu , watak raja di dalam drama ini dibawa oleh pelakon Choi Won Young manakala pelakon senior Kim Eui Sung pula membawa watak Hwang Won Hyeong

Watak anak raja dan queen di dalam drama ini dibawa oleh pelakon kacak Moon Sang Min , nama watak beliau adalah Prince Seong Nam (Lee Kang).

Seorang lagi yang membawa watak putera raja adalah dibawa oleh penyanyi idola SF9 Chani , watak beliau bernama Prince Ui Seong.

Pelakon cantik Ok Ja Yeon turut sama membintangi drama ini sebagai salah seorang tunggak utama dan watak beliau adalah Royal Consort Hwang.

PROFIL DRAMA THE QUEEN'S UMBRELLA ~~

Drama The Queen's Umbrella ini bakal ditayangkan di saluran TvN pada 15 Oktober selepas drama Little Women (2022) tamat.

Genre drama ini adalah komedi , sejarah , political dan drama , so korang yang nak kan hiburan boleh tengok drama ini.

Selain pelakon yang membintangi drama ini yang best tetapi jalan cerita ini juga best taw.

Jangan miss ok tayangan perdana drama ini pada pertengahan bulan Oktober. Oraite~~

Post a Comment

Previous Post Next Post