Biodata Eyka Farhana Pelakon Melur Untuk Firdaus 2  Hi ampa semua , sihat ke semua ? untuk segmen biodata artis malaysia hari ini kita nak kongsi biodata seorang pelakon ini. Mana peminat Melur Untuk Firdaus? drama yang mencetuskan fenomena pada 2022 ini kembali untuk musim ke 2 , salah seorang yang akan membintangi drama itu adalah pelakon cantik Eyka Farhana. Jadi jom ramai-ramai kenali biodata eyka farhana melur untuk firdaus 2.

Biodata Eyka Farhana Pelakon Budak Tebing



Drama budak tebing menjadi sebutan sejak musim pertama lagi apabila memaparkan kisah budak jalanan yang menjalani kehidupan mereka.

Berhadapan dengan masalah keluarga , masalah persahabatan, masalah perhubungan dan menghadapi masalah tidak diduga antara yang diketengahkan di dalam drama hit ini. 

Eyka Farhana membawa watak Iyra di dalam drama itu , sementara watak utama merupakan Aedy Asyraf yang membawa watak bernama Tongki.

BIODATA EYKA FARHANA (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi lahir pada 3 February 1995 di Ampang, Selangor.

Eyka Farhana mempunyai empat orang adik beradik dan beliau merupakan anak kedua , kakak beliau meninggal dunia pada 2017.

Beliau mula memasuki dunia hiburan tanah air bermula pada 2010, pada ketika itu beliau baru sahaja berusia 15 tahun.

Drama pertama beliau bintangi ketika berusia 15 tahun adalah Habil & Qabil , beliau membawa watak bernama 'Maria'.

Bermula awal 2011 , beliau banyak membintangi drama dan telefilem , drama yang beliau bintangi pada ketika itu adalah Gemilang, Juvana dan Ramadhan Terakhir.

Manakala telefilem yang beliau bintangi pada tahun itu adalah Sejadah Kaabah dan Nur Ain yang kedua drama ini disiarkan di TV3.

NAMA EYKA FARHANA DIKENALI PEMINAT ~~

Eyka Farhana yang pada mula tidak dikenali namun setelah beliau membintangi drama Gemilang yang diterajui oleh Tiz Zaqyah dan Shah Jazle.

Biarpun pada ketika itu beliau hanya watak pembantu namun bakat lakonan beliau menerima banyak pujian dari penonton.

Beliau mengukuhkan lagi nama beliau di persada lakonan Malaysia apabila lakonan beliau di dalam drama hit Juvana mendapat pujian dari ramai orang.

Beliau menjadi watak utama di dalam drama Ema Emyliana , di dalam drama itu beliau membawakan 2 watak.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL EYKA FARHANA~~

Buat peminat baru Eyka Farhana yang nak tahu aktiviti seni beliau boleh follow beliau di sini >> @eykafarhana

Setakat september 2022 beliau sudah memiliki lebih 1.8 juta pengikut disana, so yang mana belum follow boleh follow untuk lihat aktiviti seni beliau.

Untuk 2022, beliau muncul dengan 3 drama iaitu Bila Hati Memilih Dia , Melodi Raya dan Dak Dak Ofis

Nantikan next-next drama dari beliau ok semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post