Biodata Bae In Hyuk Pelakon Drama Cheer Up. Drama Korea yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati peminat drama Korea di seluruh dunia sekarang adalah drama cheer up. Drama yang mengisahkan tentang kehidupan pelajar universiti ini mula menjadi sebutan ramai orang , dilakonkan oleh Han Ji Hyun , Bae In Hyuk dan Gyuri Fromis_9. Hari ini kami nak kongsi dekat ampa biodata bae in hyuk pelakon drama cheer up.

Biodata Bae In Hyuk Pelakon Drama Cheer Up


Di dalam drama Cheer Up ini , Baek In Hyuk membawa watak Park Jung Woo dan ramai menyukai watak yang beliau bawa ini.

BIODATA BAE IN HYUK (2022)~ ~

Nama sebenar beliau adalah Bae In Hyuk , sama seperti nama stage beliau , beliau lahir pada 4 April 1998 di Jeonju , Jeollabuk-do.

Bae In Hyuk merupakan seorang pelakon lelaki baru yang sedang meningkat naik , lakonan beliau menerima pujian dari ramai orang termasuklah dari senior lakonan beliau.

Memulakan karier pada tahun 2019 , apabila beliau menyertai production web drama Love Buzz, watak beliau adalah watak pembantu.

Tahun 2019 beliau banyak berlakon di dalam drama web , antara drama web adalah When You Love Yourself 2, Teacher, Would You Like to Date Me? dan banyak lagi.

Beliau juga menjadi pelakon di dalam muzik video penyanyi Kim Na Young , BANHANA dan Jang Beom Ju.

NAMA MENJADI SEBUTAN DAN DIKENALI PEMINAT~~

Nama Bae In Hyuk mula menjadi sebutan setelah tayangan drama My Roommate Is a Gumiho, beliau yang membawa watak Gye Sun-woo menjadi kegilaan peminat drama itu.

Kemudiannya namanya sekali lagi menjadi sebutan apabila drama At a Distance, Spring Is Green yang ditayangkan pada 2021 ditayangkan.

Ramai memuji lakonan beliau , beliau banyak menerima tawaran sebagai tunggak utama kerana lakonan beliau yang mantap.

Tahun 2022 , beliau membintangi drama Why Her bersama Hwang In Yeop dan Seo Hyun Jin kemudiannya Cheer Up yang sedang ditayangkan.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL BAE IN HYUK (2022)~~

Buat peminat baru Bae In Hyuk jangan lupa follow official media sosial beliau di >> @inhyuk_bb untuk lebih mengenali beliau.

Dekat instagram beliau banyak ditunjukkan gambar-gambar dan video semasa pengambaran drama beliau dan produk yang beliau wakili.

Teruskan support kerjaya Bae In Hyuk ok semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post