Keputusan Penuh Markah Minggu ke 4 Gegar Vaganza 9. Pada malam Ahad yang lepas telah berlangsungnya minggu ke 4 gegar vaganza 9 dengan jayanya. Dengan bertemakan aman di mata damai di hati , hampir semua peserta membuat persembahan dengan begitu baik sekali. Gegar Vaganza 9 semakin hari semakin menjadi sebutan ramai orang , dibawah jom tengok keputusan penuh markah minggu ke 4 gegar vaganza 9.

Keputusan Penuh Markah Minggu ke 4 Gegar Vaganza 9


Pada malam Ahad minggu ke 4 dapat kita lihat pertukaran pengacara apabila Sherry Al-Hadad menggantikan Nabil yang tidak dapat hadir kerana baru sahaja kehilangan bapa beliau.

Keserasian Sherry dan Kak Lina Pompom pada malam itu harus diberikan pujian kerana berjaya menghidupkan suasana gegar vaganza menjadi lebih ceria dan segar.

Minggu ke 4 Gegar Vaganza 9 menunjukkan peningkatan mendadak dari peserta-peserta GV9, ini dapat dilihat persembahan mereka semua nampak lebih yakin dari minggu sebelum ini.

Jaclyn Victor berjaya merampas kembali kedudukan beliau di tempat pertama pada minggu pertama yang lalu.

Tempat pertama yang diduduki Jaclyn Victor dengan markah 85% beliau membuat persembahan dengan lagu You Raise Me Up berjaya memukau penonton dan juri.

Sementara itu , di kedudukan kedua adalah Bob Yusuf yang menyampaikan lagu Sumayyah dengan cukup baik dan merdu , beliau memperolehi markah 80.20%.

Kumpulan VE mencipta kejutan apabila mendapat tempat ketiga dengan markah 79.10% , mereka menyampaikan lagu Kaulah Segalanya.

Tomok dan Hazrul Nizam masing-masing menduduki tempat ke 4 dan 5 dengan markah juri 77.60% dan 75.70%.

Tidak seperti minggu lepas Shila Amzah turun beberapa anak tangga dan mendapat tempat ke 6, beliau menyampaikan lagu Pudar dan mendapat markah 74.60%

Di tempat ke 7 pula diduki oleh Dina Nadzir yang membuat persembahan lagu mewangi dan mendapat markah 68.20%

Fuad Rahman dan Asheed Def Gab C mendapat tempat ke 9 dan 10 dengan markah 65% dan 64.2%

Di kedudukan bottom 2 pada minggu ke 4 adalah Tom dan Pat Candy , Tom mendapat markah 58.50% manakala Pat Candy memperoleh 55.60%.

Kejutan berlaku pada malam minggu ke 4 apabila pengacara mengumumkan yang tiada penyingkiran berlaku.

Ke 11 peserta berjaya layak ke minggu ke 5 minggu hadapan yang bertemakan artis jemputan yang mana kesemua hebat-hebat berlaka.

Korang jangan lupa teruskan undian untuk anugerah next level digi dan anugerah anugerah bintang cuckoo.

Support kesemua peserta GV9 yang masih bertanding ok.






Post a Comment

Previous Post Next Post