Lagu Tugasan Minggu ke 4 Peserta Gegar Vaganza 9. Malam Ahad yang lalu telah berlangsungnya minggu ke 3 Gegar Vaganza 9 dan ia berlangsung dengan jayanya. Gegar Vaganza 9 minggu ke 3 yang lalu dapat kita saksikan para peserta membuat tugasan yang diberikan dengan baik dan menerima pujian dari juri dan penonton, bagaimana pula dengan minggu ke 4 ini. Jom kita tengok lagu tugasan minggu ke 4 peserta gegar vaganza 9.

Lagu Tugasan Minggu ke 4 Peserta Gegar Vaganza 9


Rancangan Gegar Vaganza 9 semakin hari semakin menjadi sebutan dan jumlah penonton meningkat setiap minggu.

Tidak hanya tumpuan di berikan kepada peserta Gegar Vaganza 9 namun tumpuan juga terarah kepada pengacara gegar vaganza 9 iaitu Elly Mazlien atau nama lain Kak Lina PomPom.

Elly Mazlien menjadi antara penyebab orang menunggu episod akan datang kerana ramai tidak sabar untuk melihat keletah beliau mengacarakan rancangan itu.

Pada malam Ahad yang lepas , kita dapat saksikan ada satu lagi menyingkiran di mana Haida Hasnan terpaksa meninggalkan pentas prestij ini. 

Dengan penyingkiran Haida Hasnan dan Roy Kapilla maka 11 peserta yang lain mara ke minggu ke 5 gegar vaganza 9.

LAGU TUGASAN MINGGU 4 PESERTA GV 9~~

Mesti korang excited kan nak taw lagu apa yang peserta kegemaran korang akan perform kan , sabar-sabar baca dibawah.

JACLYN VICTOR - You Raise Me Up dari Secret Garden

SHILA AMZAH - Pudar dari Indah Ruhaila

TOMOK - Kau Yang Satu dari Datuk Ramli Sarip

BOB YUSUF - Sumayyah dari Hijjaz

FUAD RAHMAN - Layang-Layang Terputus Talinya dari Alleycats

HAZRUL NIZAM - Ku Mohon dari Datuk Sheila Majid

V.E. - Kaulah Segalanya dari Ruth Suhanaya

DINA NADZIR - Mewangi dari Akim & The Majistret

PAT CANDY - Kembara Di Tanah Gersang dari Al Jawaher

TOM - Hanya Satu dari Nora Ariffin

ASHEED DEF GAB C - Andai Ku Tahu dari Ungu

Lagu pada minggu ke 4 kesemuanya best dan mengimbau nostalgia , so korang jangan lupa support taw malam ahad ini.

Siapakah yang akan memenangi Anugerah Bintang Memukau Adabi seperti Shila Amzah pada minggu ke 3 ? Kena tengok sampai habis taw dan korang boleh undi.

Ada beberapa anugerah lagi yang akan dikeluarkan so jangan terlepas pandang ok.

Selamat semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post