Sinopsis Ditto Filem Lakonan Yeo Jin Goo dan Choi Yi Hyun. Filem terbaru dari pelakon kacak Yeo Jin Goo akan dikeluarkan tidak lama lagi di Korea dan seluruh dunia. Gandingan pertama kali Yeo Jin Goo bersama pelakon cantik yang popular dengan drama All Of Us Are Dead iaitu Choi Yi Hyun. Keserasian mereka di dalam filem Ditto menjadi tumpuan peminat. Jom baca sinopsis Ditto filem lakonan Yeo Jing Go dan Choi Yi Hyun.

Sinopsis Ditto Filem Lakonan Yeo Jin Goo dan Choi Yi Hyun

Filem ini merupakan filem remake dari filem hit tahun 2000 yang tajuknya masih sama iaitu "Ditto", filem yang pada ketika itu dilkonkan oleh Kim Ha Neul , Ha Ji Won dan Yoo Ji Tae.

Ditto adalah diarahkan oleh pengarah hebat iaitu pengarah Seo Eun Young yang merupakan filem Overman.

Filem ini menceritakan tentang kisah cinta serta persahabatan yang berlaku antara 2 pelajar kolej yang berada dalam dua masa dan tahun yang berbeza. 

Mereka berkomunikasi dengan hanya walkit -talkie, untuk filem ini ia dibintangi oleh pelakon-pelakon popular selain Yeo Jin Goo dan Choi Yi Hyun , Na In Woo , Kim Hye Yoon turut membintangi filem ni.


SINOPSIS DITTO (2022)~~

Mengisahkan tentang Pada tahun 1999, Yong (Yeo Jin-Goo) belajar kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti. 

Dia mula memasuki sekolah itu pada tahun 1995, tetapi mengambil cuti untuk melaksanakan perkhidmatan ketenteraan wajibnya. 

Selepas menamatkan perkhidmatan tenteranya, dia kembali ke sekolah sebagai pelajar. Cinta pertamanya ialah Han-Sol (Kim Hye-Yoon).

Yong kemudiannya berkomunikasi dengan Mu-Nee (Cho Yi-Hyun). Mu-Nee hidup pada masa kini. 

Dia mendaftar di universitinya pada tahun 2021 dan mengambil jurusan sosiologi. Yong dan Mu-Nee, yang berasal dari tempoh masa yang berbeza, berkomunikasi dan kisah mereka terbongkar.

PERWATAKAN WATAK UTAMA FILEM DITTO 2022~~

Di dalam filem ini , watak Yeo Jin Go adalah  Yong, seorang senior kolej yang tinggal pada tahun 1999.

Watak Cho Yi Hyun membawa  watak Moo Nee, seorang pelajar kolej tahun kedua yang tinggal pada tahun 2022. 

Kim Hye Yoon, Na In Woo, dan Bae In Hyuk akan membentuk Gen Z, yang akan bersatu dalam kisah cinta abadi ini.

TARIKH TAYANGAN ~~

Filem Ditto ini akan mula ditayangkan di pawagam bermula 16 November ini , korang jangan miss ok tayangan perdana filem ini.

Pastinya filem ini akan bermain dengan emosi ampa semua , dan ampa boleh tengok chemistry antara Yeo Jin Goo dan Choi Yi Hyun di dalam filem ini.

Di Malaysia tarikh tayangan akan di update ok , teruskan stay di sini..






Post a Comment

Previous Post Next Post