Profil Dan Sinopsis Behind Every Star Lakonan Lee Seo Jin.  Drama terbaru dari pelakon hebat Lee Seo Jin akan menemui penonton tidak lama lagi. Behind Every Star adalah drama yang menggandingkan beliau bersama pelakon cantik Kwak Sun Young. Mari kita saksikan profil dan sinopsis behind every star lakonan lee seo jin.

Profil Dan Sinopsis Behind Every Star Lakonan Lee Seo Jin


Lee Seo Jin merupakan salah seorang pelakon lelaki yang cukup popular dengan drama Marriage Contract bersama UEE pada 2016.

Tahun 2022 ini beliau membuat kemunculan kembali dengan drama Behind Every Star yang bakal ditayangkan hujung tahun 2022.

SINOPSIS BEHIND EVERY STAR (2022)~~

Mengisahkan berlatarkan Method Entertainment, yang merupakan syarikat pengurusan utama, dan menggambarkan kehidupan kerja, kehidupan peribadi dan keinginan mereka.

Ma Tae-O (Lee Seo-Jin) bekerja sebagai pengurus profesional dan memegang jawatan pengarah besar di Method Entertainment. 

Dia bijak dan lembut, tetapi dia dilahirkan untuk menjadi ahli strategi dan dia tidak kisah menggunakan pelbagai helah untuk mencapai apa yang dia mahukan.

Cheon Je-In (Kwak Sun-Young) telah bekerja sebagai pengurus selama 14 tahun. 

Dia bermula sebagai pengurus di tapak dan dia kini bekerja sebagai ketua pasukan pengurus. Dia seorang yang kompetitif dan gila kerja. 

Dia panas baran dan apabila dia menetapkan matlamat, dia akan cuba mencapainya tanpa berfikir dengan teliti. Dia dan Ma Tae-O mempunyai banyak perselisihan faham sepanjang perjalanan.

Kim Joong-Don (Seo Hyun-Woo) ialah kawan baik Cheon Je-In di tempat kerja dan dia memegang jawatan yang sama sebagai ketua pasukan pengurus. Dia seorang yang lemah lembut.

So Hyun-Joo (Joo Hyun-Young) ialah pengurus baru dan sering membuat masalah di tempat kerja. Dia berkembang sebagai pengurus profesional melalui pengalamannya.

PROFIL DRAMA BEHIND EVERY STAR (2022)~~

Drama Behind Every Star adalah drama yang diadaptasi dari France yang bertajuk "Dix pour cent' yang ditayangkan pada 2015.

Tarikh tayangan drama Behind Every Star adalah pada  7 November ini di saluran TvN dan bakal menggantikan drama Mental Coach Jegal.

Ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 10:30 malam dan untuk yang ada subtitle akan ditayangkan pada Selasa dan Rabu.

Heroin drama ini adalah Kwak Sun Young yang merupakan bintang di dalam drama Inspector Koo dan Hospital Playlist.

Jangan lupa ok tarikh tayangan perdana drama ini ok!



Post a Comment

Previous Post Next Post