Keputusan Markah Penuh Minggu 7 Peserta Gegar Vaganza 9. Pada malam Ahad yang lalu , telah terjadinya minggu 7 gegar vaganza 9 dengan jayanya. Pelbagai kejutan dan kejadian yang terjadi pada malam minggu ke 7 itu dan juga telah berlaku penyingkiran. Persembahan pada malam minggu ke 7 boleh dikatakan separuh peserta membuat terbaik dan separuh lagi kurang menyengat. Baca dibawah keputusan markah penuh minggu 7 peserta gegar vaganza 9.

Keputusan Markah Penuh Minggu 7 Peserta Gegar Vaganza 9


Minggu 7 merupakan minggu peserta menyanyikan lagu-lagu zaman dahulu kala dan perlu menghidupkan kembali lagu-lagu popular dahulu.

Dengan tema Merentas Masa Kencang Selamanya ini ramai peserta dapat membuat persembahan dengan begitu baik namun ada yang tidak dapat mencapai tahap sebenar mereka.

Pada Ahad yang lalu , kita telah saksikan Tom terpaksa meninggalkan pentas gegar vaganza 9 kerana berada di kedudukan terakhir untuk minggu 7 ini.

Tom yang membuat persembahan lagu Akhirnya Kini Pasti  mendapat markah 55.20% pada malam minggu 7 itu.

Tempat pertama pada minggu ke 7 adalah Bob Yusuf  yang membuat persembahan dengan begitu terbaik sekali dan mendapat markah 85.60%.

Shila Amzah yang menyanyikan lagu hit Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu pada malam itu menyampaikan dengan begitu sedap sekali , beliau memperolehi markah 84.10%

Di tempat ketiga minggu ini adalah Tomok dengan markah 81.50% manakala Dina Nadzir yang baru sahaja kembali minggu ini mendapat markah 77.10% seterusnya membolehkan beliau berada di kedudukan ke 4 minggu ini.

Kumpulan VE yang sedang menjadi sebutan ramai peminat GV9 kali ini berada di tempat ke 5 dengan markah 76.70%.

Minggu ini mungkin bukan minggu Jaclyn Victor apabila beliau gagal menahan emosi ketika membuat persembahan lagu Diman Kan Ku Cari Ganti , beliau mendapat markah 76.40% dan berada di tempat ke 6 .

Hazrul Nizam dan Asheed Def Gab C masing-masing mendapat temapt ke 7 dan 8 minggu ini , Hazrul mendapat markah 68.70% manakala Asheed mendapat 60.30%

Minggu ini seperti yang kita ketahui bahawa Tom berada di tempat ke 8 dan seterusnya terpaksa meninggalkan pentas ini.

Ahad yang depan siapakah pula yang akan meninggalkan pentas GV9 dengan tema Kata Di Kota Nama Di Carta. 

Buat peminat peserta Gegar Vaganza 9 teruskan mengundi untuk membolehkan peserta kegemaran korang mendapat hadiah yang ditawarkan. 

Jangan lupa siaran langsung Gegar Vaganza 9 setiap Ahad jam 9 Malam.



Post a Comment

Previous Post Next Post