Profil Penuh dan Biodata Bob Yusuf  Peserta Gegar Vaganza 9. Demam Gegar Vaganza kini mendatangi Malaysia apabila musim ke 9 ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkkan dari penonton setia rancangan ini. Musim 9 ini dibarisi oleh bintang-bintang yang mempunyai latar belakang yang sangat menarik maka ia menjadi tumpuan ramai , salah seorang darinya adalah Bob Yusuf. Jom tengok profil penuh dan biodata bob yusuf peserta gegar vaganza 9.

Profil Penuh dan Biodata Bob Yusuf Peserta Gegar Vaganza 9


Bob Yusuf merupakan peserta yang kedua dari rancangan realiti Akademi Fantasia yang menyertai rancangan Gegar Vaganza ini setelah Linda Nawuwil pada musim 7 yang lalu.

Kemasukan Bob di dalam rancangan Gegar Vaganza ini juga menjadi tumpuan kerana ramai sangat mnegetahui kemampuan vokal Bob Yusuf dalam membuat persembahan.

BIODATA BOB YUSUF (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Yusrizan bin Usop lahir di Limbang , Sarawak pada 30 Julai 1981 dan menggunakan nama stage Bob Yusuf.

Bob merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 2 sama seperti rakan artis yang juga dari AF2 iaitu Zahid, Linda Nawuwil , Edlin, Farah , Kaer dan ramai lagi.

Karier beliau bermula pada 2004 setelah tamat Akademi Fantasia 2 di mana beliau berjaya mendapat tempat ke 5 rancangan nyanyian itu.

Beliau cukup sinonim dengan Anugerah Juara Lagu apabila bertanding pada 2006, 2007 dan 2020.

Bob menggantikan Faizal Tahir pada 2007 ketika AJL 2007 menerusi lagu Kasih Tercipta dan pada 2020 beliau menggantikan Dato Seri Siti Nurhaliza dengan lagu Anta Permana.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL BOB YUSUF (2022)~~

Dengan kehangatan Gegar Vaganza 9 kali ini pastinya makin bertambah peminat Bob Yusuf kan , korang jangan lupa follow official media sosial beliau >> @bobyusof

Teruskan support Bob bersama peserta-peserta yang masih tinggal di GV9 iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok , Asheed, VE , Dina Nadzir , Fuad Rahman, Hazrul Nizam.

Jangan lupa setiap Ahad jam 9 malam.




Post a Comment

Previous Post Next Post