Sinopsis The Empire Drama Korea Terbaru 2022. Peminat drama Korea mana ? sila munculkan diri anda, nak bagitau drama Korea terbaru untuk 2022 dah mula ditayangkan. Drama yang jalan cerita yang sangat unik dan lain dari yang lain , tema drama terbaru ini adalah undang-undang. Watak utama drama ini adalah pelakon cantik Kim Sun Ah dan pelakon kacak Ahn Jae Wook. Jom kita baca sinopsis the empire drama korea terbaru 2022.

Sinopsis The Empire Drama Korea Terbaru 2022

Untuk info , drama The Empire dibarisi oleh barisan pelakon yang sangat hebat dan popular seperti Kim Sun Ah dan Ahn Jae Wook.

Baru sahaja mula tayangan drama The Empire ini mengalami peningkatan rating di Korea dan menjadi sebutan di Korea.

SINOPSIS THE EMPIRE (2022)~~

Mencereritakan tentang sebuah keluarga telah mengumpul kekayaan dan kuasa yang luas melalui undang-undang. Mereka menghadapi kehancuran kerana skandal.

Han Hye-Ryool (Kim Sun-A) dan keluarganya berasal dari latar belakang undang-undang, beliau bekerja sebagai ketua pasukan siasatan khas di Pejabat Pendakwa Daerah Pusat. 

Suaminya Na Geun-Woo (Ahn Jae-Wook) dan ibunya Ham Gwang-Jeon (Lee Mi-Sook) kedua-duanya bekerja sebagai profesor sekolah undang-undang. 

Bapanya Han Gun-Do (Song Young-Chang) bekerja sebagai peguam untuk firma guaman terbesar di Korea Selatan.

Han Hye-Ryool menjalankan tugasnya sebagai pendakwa dengan cara yang sangat baik, tetapi orang ramai menghina kerjanya kerana latar belakang keluarganya yang berprestij. 

Dia mahu melepaskan ikatan kekeluargaan dan memenuhi keinginannya sendiri. 

Sementara itu, suaminya Na Geun-Woo telah disebut sebagai calon presiden yang akan datang. 

Dia nampaknya telah mencapai semua yang dia mahukan dan seorang yang baik, tetapi orang tidak tahu siapa dia sebenarnya. 

Ibu Han Hye-Ryool Ham Gwang-Jeon dan bapanya Han Gun-Do juga menggunakan undang-undang sebagai alat untuk membuat lebih banyak wang dan melindungi status mereka.

Apabila bercakap tentang kemungkinan pertimbangan suaminya untuk calon presiden seterusnya mula tersebar, Hye Ryul mengambil keputusan sendiri. 

Dengan keluarganya tidak lama lagi terlibat dalam beberapa skandal, mampukah Hye Ryul akhirnya berpeluang untuk merebut apa yang paling diingininya?

BARISAN PELAKON THE EMPIRE (2022)~~

Watak utama di dalam drama ini dibawa oleh pelakon cantik Kim Sun Ah, beliau membawa watak Han Hye Ryool.

Manakala pelakon kacak Ahn Jae Wook yang juga watak utama membawa watak bernama Na Geun Woo suami kepada Han Hye Ryool.

Turut sama membintangi drama ini adalah pelakon senior yang banyak pengalaman Shin Goo membawa watak Ham Min Heon.

Pelakon wanita senior Lee Mi Seok turut sama berlakon di dalam drama The Empire ini sebagai Ham Gwang Jeon.

Seorang lagi pelakon senior yang membintangi drama ini adalah Song Young Chang beliau membawa watak Han Gun Do.

Pelakon yang popular dengan drama My Roommate Is A Gumiho Oh Hyun Kyung membintangi drama ini sebagai Lee Ae Heon.

PROFIL DRAMA THE EMPIRE (2022)~~

Drama The Empire ditayangkan di saluran JTBC bermula 24 September 2022 dan dijangka tamat pada 13 November ini.

The Empire merupakan drama yang diarahkan oleh pengarah hebat Yoo Hyun Ki yang merupakan pengarah drama Matrimonial Chaos.

Jumlah keseluruhan episod drama the empire adalah 16 episod , drama ini juga menggantikan drama The Good Detective 2

Sapa yang tengah cari drama The Empire yang ada subtitle boleh tengok sini>> THE EMPIRE SUBS FULL

Yang mana dok layan drama ini cer bagi review drama ini dekat komen ok , selamat tengok semua ~

Post a Comment

Previous Post Next Post