Keputusan Penuh Markah Minggu ke 3 Gegar Vaganza 9. Malam Ahad yang lalu telah berlangsung minggu ke 3 gegar vaganza 9, kita dapat saksikan persembahan yang hebat dari peserta-peserta gegar vaganza 9. Setengah peserta membuat persembahan dengan begitu baik namun ada juga yang membuat persembahan kurang mencapai tahap yang diharapkan. Macam mana markah juri malam ahad lalu , jom tengok keputusan markah minggu ke 3 gegar vaganza 9.

Keputusan Penuh Markah Minggu ke 3 Gegar Vaganza 9

Malam Ahad yang lalu , peserta Gegar Vaganza 9 diberikan tugasan untuk membuat persembahan bertemakan lagu "Pilihanmu, Ok Lock!".

Kebanyakkan peserta diberikan lagu yang lain dari forte beliau , kita boleh lihat ada beberapa peserta yang membuat persembahan dengan keadaan tidak selesa.

Ada juga yang membuat persembahan dengan cukup baik , peserta yang mendapat markah tertinggi minggu ke 3 adalah Shila Amzah.

Shila Amzah memperoleh markah 78.80% pada malam Ahad lalu , beliau menyampaikan lagu Secangkir Madu Merah dari Amelina. 

Di tempat kedua dengan markah 77.30% jatuh kepada Bob Yusuf yang membuat persembahan lagu Zalikha dari Floor 88.

Hazrul Nizam mencipta kejutan apabila mendapat markah 71.90% seterusnya mendapat tempat ketiga, beliau membuat persembahan lagu Fatwa Pujangga dari S.Effendi.

Tempat ke empat dengan markah 71.60% adalah Asheed Def Gab C yang menyampaikan lagu Yang Penting Hepi dari Jamal Mirdad.

Jaclyn Victor yang sebelum ini mendapat tempat pertama pada minggu pertama , kali ini beliau menduduki tempat ke 5 dengan markah 71.40% dengan lagu Perawan atau Janda dari Cita Citata.

Juara minggu kedua Tomok pula mendapat tempat ke 6 dengan 66.80% , beliau menyampaikan lagu Hukum Karma dari Wings.

Fuad Rahman yang menyampaikan lagu Gadis Melayu dari Othman Hamzah mendapat markah 65.60% di tempat ke 7.

Satu-satunya kumpulan pada musim ini V.E mendapat tempat ke 8 dengan 61.90% , lagu yang dinyanyikan mereka adalah Dari Sinar Mata dari Bumi Putra Rockers.

Dina Nadzir pula berada di kedudukan ke 9 pada minggu ini , beliau mendapat markah 61.70%, lagu yang dibawa adalah Laksmana Raja Di Laut dari Iyeth Bustami.

Bottom 3 pada minggu ini diduduki oleh Pat Candy, Tom dan Haida Hasnan, Pat mendapat 56.70% , Tom pula mendapat 55.50%.

Malang buat Haida Hasnan yang menyanyikan lagu Nang pada malam itu tersingkir kerana beliau mendapat markah 53.40%.

Untuk minggu hadapan siapakah yang akan mendapat tempat pertama dan siapakah yang akan tersingkit pada minggu depan?

Jangan lupa layan malam Ahad ini jam 9 Malam.


Post a Comment

Previous Post Next Post