Rating Drama Terbaru Song Jong Ki Reborn Rich Melonjak Tinggi. Sebut sahaja nama Song Jong Ki pastinya semua orang mengenalinya , tidak kira di Korea atau seluruh negara. Nama pelakon kacak ini sudah dikenali, dan kini beliau muncul dengan drama terbaru Reborn Rich. Drama terbaru ini baru sahaja mula ditayangkan pada pertengahan november 2022.

Rating Drama Terbaru Song Jong Ki "Reborn Rich" Melonjak Tinggi


Reborn Rich merupakan drama terbaru dari aktor Song Jong Ki untuk tahun 2022 , beliau mencipta nama dengan drama Sungkyunkwan Scandal dan Descendant Of The Sun. 

Melalui drama Descendant Of The Sun , Song Jong Ki mencipta nama sehingga ke seluruh dunia , drama yang menjadi fenomena dunia pada 2016 dan menemukan beliau dengan bekas isterinya yang juga pelakon popular Korea iaitu Song Hye Kyo.

Tahun 2021, Song Jong Ki sekali lagi mencipta nama di luar Korea apabila drama Vicenzo beliau menjadi sebutan ramai peminat.

Selepas itu , beliau muncul dengan drama Reborn Rich pada 2022 , drama yang mengisahkan tentang pekerja yang lama dan paling setia di sebuah syarikat yang mati dibunuh oleh ahli syarikat itu.

Bermula tayangan pada 18 November dan sehingga kini , rating drama Reborn Rich menunjukkan peningkatan setiap episod.

Untuk episod terbaru drama ini berjaya mencatatkan rating dua angka iaitu 11.8% , meningkat dari episod sebelumnya. 

Untuk info , drama Reborn Rich ditayangkan di saluran JTBC dan sedang bersaing dengan drama Fanletter, Please yang juga ditayangkan di masa yang sama di saluran MBC.

Sesiapa yang sedang mencari drama Reborn Rich yang mempunyai subtitle boleh follow sini >> REBORN RICH (2022)

Jangan lupa tayangan episod seterusnya pada minggu hadapan ok.

Post a Comment

Previous Post Next Post