Biodata Cha Eun Woo Pelakon Drama Island Dan Ahli Kumpulan Astro. Drama Korea yang baru sahaja tamat musim pertama iaitu Island kini menjadi sebutan ramai orang. Drama Island menerima pujian kerana jalan cerita yang unik dan pelakon yang membawa watak mereka dengan menjadi. Salah seorang tunggak utama drama ini adalah Cha Eun Woo yang membawa watak Kang Chan Hyuk. Jom baca biodata cha eun woo pelakon drama island musim 1 dan 2.

Biodata Cha Eun Woo Pelakon Drama Island Dan Ahli Kumpulan Astro

Cha Eun Woo sangat terkenal di Korea dek kerana visualnya yang tampan dan kacak , beliau dikatakan merupakan antara yang paling kacak di Korea.

BIODATA CHA EUN WOO (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah Lee Dong-min lahir pada 30 March 1997 di Gunpo, Gyeonggi Province, Korea Selatan, beliau menggunakan nama stage 'Cha Eun Woo'.

Cha Eun Woo merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Suri dan Sekolah Menengah Suri sebelum graduasi di Sekolah Hanlim Multi Art pada 2016.

Nama Cha Eun Woo mula menjadi sebutan setelah beliau debut bersama kumpulan ASTRO pada 2016, beliau merupakan visual di dalam kumpulan yang dianggotai oleh 6 ahli itu.

Sebelum debut sebagai penyanyi, Cha Eun Woo bersama kesemua ahli ASTRO debut sebagai pelakon di dalam web drama To Be Continued.

Sejak debut sehingga sekarang , Cha Eun Woo telah dilantik menjadi duta banyak produk-produk popular dan mendapat banyak tawaran sebagai pelakon.

Sapa yang nak tahu mengenai update terkini dari beliau boleh follow official media sosial beliau di sini>> CHA EUN WOO

Teruskan support kerjaya lakonan dan nyanyian Cha Eun Woo dan support juga produk-produk yang beliau menjadi duta.

Selamat maju jaya Cha Eun Woo !



Post a Comment

Previous Post Next Post