Biodata Jung Kyung Ho Pelakon Drama Crash Course In Romance. Drama Korea yang sedang menjadi sebutan di Korea dan luar Korea untuk tahun 2023 adalah drama crash course in romance. Drama komedi yang menggandingkan Jung Kyung Ho dan Jeon Do Yeon sebagai watak utama. Drama ini menjadi terkenal apabila ramai bercakap mengenainya , jom kita kenali watak utama drama ini iaitu Jung Kyung Ho.

Biodata Jung Kyung Ho Pelakon Drama Crash Course In Romance


Jung Kyung Ho merupakan salah seorang pelakon senior lelaki yang terkenal di Korea, beliau banyak membintangi drama dan filem.

Antara drama beliau yang popular adalah Hospital Playlist , drama yang mendapat rating banyak di Korea dan beliau dikenali sebagai Dr Kim Jun Wan.

BIODATA JUNG KYUNG HO (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah sama seperti nama stage beliau iaitu Jung Kyung Ho , lahir pada 31 August 1983 di Gwangmyeong, Gyeonggi Province.

Beliau merupakan pelajar jurusan teater di Universiti Chung-Ang, dia merupakan anak kepada pengarah tv senior Jung Eul Yong.

Jung Kyung Ho debut sebagai pelakon pada tahun 2004 apabila beliau berlakon di dalam drama I'm Sorry, I Love You.

Nama beliau semakin dikenali selepas membintangi drama Smile You , Heartless City , Hospital Playlist dan terbaru Crash Course In Romance. 

Kyung Ho juga dikenali sebagai kekasih kepada penyanyi idola popular SNSD Sooyoung , mereka bercinta sejak 2013.

Sesiapa yang nak tahu update terkini dari Jung Kyung Ho boleh follow official media sosial beliau di sini >>>  jstar_allallj  

Teruskan support drama Crash Course In Romance dan kerjaya Jung Kyung Ho ok semua.

Post a Comment

Previous Post Next Post