Profil dan Biodata Park Hyung Sik Pelakon Drama Our Blooming Youth. Hi peminat kdrama mania semua , hari ini kita akan kongsi dekat ampa semua biodata pelakon korea yang sedang menjadi sebutan sekarang iaitu Park Hyung Sik. Pelakon yang mencipta nama di dalam drama Hwarang dan Strong Girl Bong Soon , jom kita kenali profil dan biodata park hyung sik.

Profil dan Biodata Park Hyung Sik Pelakon Drama Our Blooming Youth


Tahun 2023 ini Park Hyung Sik muncul dengan drama terbaru iaitu drama our blooming youth , sebuah drama sejarah Korea dan beliau bergandingan bersama pelakon cantik Jeon So Nee.

BIODATA PARK HYUNG SIK (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah sama dengan nama stage beliau iaitu Park Hyung Sik , beliau lahir pada  16 November 1991 di Yongin, Gyeonggi. 

Hyung Sik adalah merupakan bekas ahli kumpulan ZE:A yang dianggotai oleh 9 orang ahli lelaki yang debut pada  2010. 

Beliau mempunyai seorang abang dan ibu beliau adalah merupakan seorang guru piano manakala ayah beliau adalah pengarah di BMW Korea.

Nama Park Hyung Sik mula menjadi sebutan selepas beliau menyertai rancangan latihan ketenteraan iaitu MBC Real Man, beliau menerima gelaran "Askar Baby" selepas rancangan itu ditayangkan.

Drama lakonan beliau bersama Park Bo Young di dalam Strong Girl Bong Soon telah menaikkan nama beliau dalam industri drama Korea.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL PARK HYUNG SIK (2023)~~

Mesti ramai peminat baru beliau kan , korang kena follow official media sosial beliau untuk tahu lebih mengenai diri beliau folllow di sini>> @PARKHYUNGSIK 

Setakat January 2023 , beliau sudah memilik lebih 10 juta pengikut, so mana yang belum follow cepat-cepat follow.

Jangan lupa teruskan support Park Hyung Sik dan drama terbaru beliau Our Blooming Youth.

Post a Comment

Previous Post Next Post