Biodata Shukri Yahaya Pelakon Terbaik Malaysia.Drama popular di Malaysia bakal bersiaran tidak lama lagi di saluran TV3. Ramai peminat setia drama 7 Hari Mencintaiku tidak sabar untuk melihat musim ke 3 drama ini. Bagaimanakah perangai Khuzairi dalam musim ke 3 ini , agak-agak masih slow lagi ka macam musim-musim lepas, sebelum tu korang baca la biodata Shukri Yahaya dekat bawah.

Biodata Shukri Yahaya 7Hari Mencintaiku 3


Sebelum lupa korang dah baca ka sinopsi drama 7 hari mencintaiku 3 kalau belum korang baca la dekat sini dulu >> Sinopsis 7HM3

Watak yang dibawa Shukri Yahaya dalam drama ini sangat memberi kesan kepada penonton setia drama ini ramai memuji lakonan  Khuzairi yang dibawa Shukri Yahaya setiap musim.

BIODATA SHUKRI YAHAYA A.K.A KHUZAIRI 7 HARI MENCINTAIKU~~

Nama sebenar beliau adalah Mohd Shukri Bin Yahaya lahir pada 13 Jun 1988 , menggunakan nama stage 'Shukri Yahaya'.

Lahir di Kuala Lumpur , pada tahun 2022 Shukri Yahaya berumur 34 tahun serta merupakan suami kepada Tya Adnan (berkahwin pada tahun 2015).

Shukri Yahaya mempunyai 6 orang adik beradik dan beliau merupakan anak ke lima , sebelum menjadi pelakon , beliau bekerja sebagai kerani bank.

LAKONAN PERTAMA DALAM KARIER SHUKRI YAHAYA~~

Kalau korang nak tahu , pertama kali Shukri Yahaya berlakon adalah pada tahun 2011 pada ketika itu beliau mendapat tawaran berlakon filem arahan pengarah hebat Osman Ali iaitu Jiwa Taiko.

Selepas itu, beliau mendapat tawaran berlakon drama hit TV3 iaitu Juvana di mana beliau membawa watak bernama  Fit.

Shukri Yahaya pertama kali menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia 26.

Selepas itu beliau banyak menerima pencalonan untuk anugerah-anugerah pelakon yang berprestif di Malaysia.

Pada tahun 2016, beliau menerima tawaran berlakon di dalam drama 7 Hari Mencintaiku bersama Siti Saleha dan drama itu mendapat rating tertinggi di TV3 pada tahun 2016.

Melalui drama siri popular ini , team 7 Hari Mencintaiku berjaya mendominasi anugerah drama festival kuala lumpur, mereka membawa pulang anugerah-anugerah besar.

2017 sekali lagi drama lakonan Shukri Yahaya berjaya menerima rating 12 JUTA tontonan untuk drama  Andainya Takdir bersama Nina Iskandar.

Ramai memuji Shukri Yahaya kerana pencapaian ini sangat rare apabila seorang pelakon menjadi watak utama di dalam drama berlainan dan kedua-duanya mendapat rating tertinggi. 

MEDIA SOSIAL OFFICIAL SYUKRI YAHAYA~~

Yang mana baru minat Syukri Yahaya boleh follow official media sosial beliau untuk update mengenai drama terbaru beliau di sini >>> @shukriyahaya

Shukri Yahaya mempunyai lebih kurang 2.8 Juta pengikut di instagram beliau jangan lupa follow dan like gambar-gambar baru beliau disana.

Teruskan support karier lakonan Shukri Yahaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post