Biodata Wafariena Roslan Pelakon Meningkat Naik. Drama yang mencipta fenomena di Malaysia kembali lagi tahun 2022 dengan musim ke 7. Drama 7 Hari Mencintaiku 3 merupakan drama yang diterajui oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha , gandingan yang berjaya membuat penonton tidak melepas setiap episod. Salah seorang scene stealer pada musim kedua drama ini adalah watak Nurul Ain, jom kita kenali wafariena  roslan pelakon 7 hari mencintaiku 3. 

Biodata Wafariena Roslan Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3


Watak Nurul Ain di dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 membuatkan penonton tidak senang duduk , seorang yang merosakkan rumah tangga orang. 

Nama Wafariena menjadi sebutan setelah tayangan drama musim kedua, jadi kenalilah siapakah nurul ain ini.

BIODATA PENUH WAFARIENA ROSLAN , PELAKON 7 HARI MENCINTAIKU 3~~

Nama sebenar beliau adalah Wafariena Binti Roslan , lahir pada 19 Julai 1995 berumur 27 tahun pada tahun 2022.

Wafa dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan merupakan anak keempat dari 7 adik beradik dan beliau tinggal bersama ibunya. 

Beliau seorang yang multi talented kerana boleh berlakon , menyanyi dan juga merupakan seorang model.

PERMULAAN KERJAYA ANAK SENI WAFARIENA ~~

Wafariena terjun dalam dunia hiburan bermula dengan menyertai ujibakat Dewi Remaja 2018/2019 namun beliau tidak lepas ke peringkat seterusnya.

Selepas itu , beliau debut sebagai pelakon di dalam telefilem Astro Ria yang bertajuk Kisah Seram Hostel pada 2019.

Tahun 2020 merupakan tahun yang indah buat Wafa apabila nama beliau semakin dikenali dalam drama 7 hari mencintaiku 2. 

Watak yang dibawa Wafa iaitu Nurul Ain dibenci oleh ramai peminat drama namun beliau berjaya memahatkan nama Nurul Ain di dalam hati peminat drama .

Untuk info, hujung tahun 2019 Wafa mengeluarkan single pertama beliau dibawah Media Asia Production yang bertajuk Carilah Aku.

Tahun 2020 juga beliau mengejutkan ramai orang apabila menyertai pertandingan nyanyian TV3 iaitu Vokal Mania.


INFO AKHIR DAN FOLLOW MEDIA SOSIAL OFFICIAL WAFA~~

Sebelum masuk dalam dunia hiburan Wafa aktif dalam bidang muzik sebagai penyanyi pancaragam PDRM.

Jangan lupa follow dan like official media sosial Wafariena di sini >> @wafarienaroslan dan teruskan support karier wafariena okay semua.




Post a Comment

Previous Post Next Post