Kenali Biodata Im Yoona Pelakon Big Mouth. Drama yang sedang trending sekarang dan baru sahaja tamat iaitu big mouth lakonan mantap Im Yoona dan pelakon popular Lee Jong Suk. Kalau sapa yang tonton drama ini mesti dah kenal Lee Jong Suk kan sebab dia pelakon top , jadi mari kita kenali biodata im yoona pelakon big mouth.

Kenali Biodata Im Yoona Pelakon Big Mouth


Drama Big Mouth merupakan drama seorang lawyer yang difitnah sehingga menyebabkan beliau masuk ke dalam penjara dan drama ini menunjukkan pergorbanan seorang isteri yang nak selamatkan suami beliau.

Im Yoona di dalam drama ini membawa watak Ko Mi Ho isteri kepada Lee Jong Suk yang membawa watak Park Chang Ho.

Kalau korang nak tahu , Im Yoona adalah seorang penyanyi idola dari kumpulan popular Girls Genaration, nama beliau sebagai pelakon baru sahaja menjadi sebutan jadi jom kita baca mengenai beliau.

BIODATA IM YOONA (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Im Yoona , lahir di Yeongdeungpo District, Seoul pada 30 May 1990, dikenali juga sebagai center SNSD.

Yoona mempunyai seorang kakak , beliau masuk di dalam dunia hiburan Korea pada 2007 iaitu apabila beliau debut bersama kumpulan Girls Generation yang terdiri dari 9 orang ahli.

Sebelum debut bersama Girls Generation beliau pernah muncul di dalam muzik video kumpulan TVXQ pada 2004.

Seperti ampa semua tahu sebelum menjadi penyanyi dalam sesebuah kumpulan , mereka perlu menjalani pelatih "trainee" di agensi mereka , mereka akan diuji dengan pelbagai tugasan dan perlu berlatih setiap hari sebelum menjadi penyanyi.

Begitu juga Yoona beliau menjadi trainee selama 5 tahun taw sebelum beliau officially menjadi penyanyi.

Nama Yoona sangat dikenali kerana visual beliau yang sangat cantik dan sering menjadi center apabila lagu baru SNSD keluar. 

Karakter beliau yang suka senyum dan peramah buatkan ramai yang menyukai beliau.

Tidak hanya sebagai penyanyi , 2007 juga merupakan tahun debut Yoona sebagai pelakon , walaupun dalam kesibukan menjadi penyanyi beliau debut sebagai pelakon.

Beliau membawa watak sampingan di dalam drama Two Outs in the Ninth Inning dan kemudiannya beliau melakukan cameo di dalam drama Woman of Matchless Beauty.

Korang yang mana nak follow Yoona boleh follow di sini >>@yoona_lim , sehingga kini beliau sudah memiliki pengikut sebanyak 14 juta.

Yang mana belum follow jangan lupa follow , Yoona juga akan muncul dengan drama baru pada awal tahun hadapan dengan 2PM Junho.

Mereka sedang melakukan rakaman drama ini dan ramai tidak sabar untuk melihat drama ini, pastinya akan mendapat sambutan hangat dari Korea dan luar negara.

Ampa semua jangan lupa support taw~~

Post a Comment

Previous Post Next Post