Kenali Biodata Dina Nadzir Peserta Gegar Vaganza 9. Rancangan Gegar Vaganza sekali lagi mencetuskan fenomena kali ini untuk musim ke 9, apabila menjadi sebutan ramai peminat setiap malam Ahad. Peserta yang masuk rancangan gegar vaganza 9 ini bukanlah orang biasa namun nama mereka sudah ada nama , salah seorang daripadanya adalah Dina Nadzir. Mari kenali biodata dina nadzir peserta gegar vaganza 9.

Kenali Biodata Dina Nadzir Peserta Gegar Vaganza 9


Dina Nadzir dikenali sebagai bekas peserta Malaysian Idol , beliau mendapat tempat kedua dan merupakan DJ terkenal di radio Sinar FM.

BIODATA DINA NADZIR (2022)~ ~

Nama sebenar beliau adalah Faradina binti Mohd Nadzir menggunakan nama stage "Dina Nadzir" lahir pada 7 February 1985 di Johor Bharu, Johor.

Beliau mempunyai empat orang adik beradik dan beliau merupakan anak kedua dan merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga beliau, bapa beliau adalah seorang anggota polis.

Dina Nadzir adalah merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru , Johor.

Beliau adalah graduan Diploma Pengurusan Teater dari Universiti Teknologi MARA.

Memulakan karier dalam dunia hiburan bermula 2004 namun beliau pernah menyertai ujibakat Akademi Fantasia 1 namun tiada rezeki ke peringkat seterusnya.

Tahun 2004 beliau menyertai Malaysian Idol dan berjaya mara sehingga final namun tewas ke tangan Jaclyn Victor yang juga peserta Gegar Vaganza 9. 

2012 merupakan tahun Dina Nadzir debut sebagai seorang penyampai radio, radio pertama yang beliau wakili adalah Era FM dalam segmen PILIH HIT ERA.

Debut sebagai pelakon filem dalam filem "Jangan Pandang Belakang Congkak" pada tahun 2009, beliau membawa watak Ziana dalam filem ini.

Dina juga merupakan pelakon muzikal , teater pertama beliau sebagai pelakon muzikal adalah Impak Maksima The Musical pada 2008.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL DINA NADZIR ~~

Pastinya selepas Gegar Vaganza 9 ditayangkan ramai yang menjadi peminat baru Dina Nadzir kan , ampa follow official media sosial beliau disini>> @dinanadzir

Ampa boleh tengok juga persembahan Dina Nadzir dekat Gegar Vaganza 9 di >> DINA NADZIR

Teruskan support Dina Nadzir di dalam Gegar Vaganza 9 dan undi untuk Dina supaya beliau dapat menerima anugerah yang diberikan di GV setiap minggu.

Selamat Maju Jaya Dina Nadzir.

Post a Comment

Previous Post Next Post