Sinopsis Korean Drama Netflix All Of Us Are Dead. Drama korea terbaru di Netflix bakal muncul tidak lama lagi iaitu Drama All Of Us Are Dead. Drama ini mengisahkan tentang drama seram yang membabitkan pelajar sekolah menengah dengan zombie.

Sinopsis Korean Drama Netflix All Of Us Are Dead


Drama yang diadapasi dari webtoon dari Joo Dong Geun iaitu Now At Our School yang release pada tahun diantara 2009 dan 2011.

Pada awal April 2020, Netflix mengeluarkan kenyataan mereka akan mengeluarkan drama siri yang bertajuk All Of Us Are Dead , jom baca serba sedikit mengenai drama ini.

PROFIL DRAMA NETFLIX ALL OF US ARE DEAD

Tajuk drama ini adalah All Of Us Are Dead , tajuk lainnya adalah Now At Our School yang merupakan tajuk webtoon drama ini.

Di dalam tulisan Korea adalah 지금 우리 학교는  dan sebutannya adalah Jigeum Woori Hakkyoneun dan keseluruhan episode bagi drama ini adalah 12 episod.

Drama All Of Us Are Dead akan ditayangkan di Netflix bermula pada 28 January ini serta ditayangkan pada setiap hari Jumaat.

Tema drama ini adalah aksi , seram , remaja dan science fiction , drama ini pastinya menarik ramai penonton lapisan umur.

Pengarah untuk drama ini merupakan Pengarah Lee Jae Kyu yang merupakan pengarah yang mengarahkan drama The King 2hearts pada 2012 , Beethoven Virus pada 2008 dan banyak lagi.

Beliau turut sama mengarahkan beberapa filem seperti Intimate Strangers , The Fata Encounter dan The Influence ,turut sama membantu Pengarah Lee Jae Kyu adalah pengarah Kim Nam Soo.

Penulis untuk drama ini adalah Chu Sung II manakala untuk penulis bagi webcomic adalah penulis hebat Joo Dong Geun.

SINOPSIS PENUH DRAMA ALL OF US ARE DEAD 2022~~

Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah terperangkap di Sekolah Tinggi Hyosan semasa wabak virus zombi.

Para pelajar itu bermati-matian cuba mengelak daripada menjadi zombi dan melarikan diri dari sekolah mereka.

Seorang demi seorang rakan mereka dijangki , mereka lakukan apa sahaja untuk mengelak dari berjumpa zombie itu.

Dalam ketakutan dan keresahan , mereka berusaha menyelamatkan diri dan membunuh dan melawan zombie ini.

Mampukah zombie ini ditewaskan ? Adakah mereka mampu menyelamatkan diri dari dijangkiti dan apakah ubat atau penawar bagi melawan zombie ini.

BARISAN PELAKON –PELAKON YANG MEMBARISI DRAMA ALL OF US ARE DEAD 2022~~

Drama ini pastinyna menampilkan banyak pelakon-pelakon kerana drama ini berskala besar dan ditambah memerlukan adegan pelakon yang banyak.

Tunggak utama drama ini adalah pelakon cantik Park Ji Hoo yang terkenal dengan drama Beautiful World , wataknya adalah bernama Nam Ohn Jo.

Seterusnya pelakon kacak dan popular di dalam drama While You Were Sleeping, Yoon ChanYoong bakal membawa watak yang bernama Lee Cheong San.

Pelakon cantik dan popular dengan drama School 2021 yang baru sahaja habis tayangannya Choi Yi Hun akan membawa watak bernama Choi Nam Ra.

ParkSoloman yang merupakan pelakon baru dan sedang meningkat naik turut membintangi drama ini sebagai Lee Soo Hyuk.

Watak utama yang lain adalah Yoo In Soo yang wataknya di dalam drama All Of Us Are Dead yang bernama Yoon Gwi Nam.

Manakala watak pembantu di dalam drama ini adalah Kim Byung Chul yang merupakan pelakon senior dan bakala membawa watak Lee Byeong Chan.

Pelakon senior lain di dalam drama ini adalah Lee Kyu Hyung yang sangat popular akan membawa watak Song Jae ik.

Lee Yoo Mi yang merupakan pelakon Squid Game manakala Lee Eun Saem yang merupakan pelakon cantik dan manis di Korea membawa watak Lee Na Yeon dan Park Mi Jin.

Selain mreka, pelakon hebat Kim Bo Hyun turut membarisi drama ini sebagai Seo Hyo Ryeon manakala pelakon kacak Ahn Seung Gyun.

Pelakon lain membarisi drama ini adalah Jin Ho Eun , Ha Seung Ri , Lim Jae Hyeok , Ahn Ji Ho , Shin Jae Hwi dan Woo Ji Hyun.

Watak-watak mereka adalah Jang Min Jae , Jang Ha Ri , Yang Dae Soo , Kim Cheol So , Chang hoon dan juga Woo Shin.

Pelakon cantik Jung Yi Seo akan membawa watak Kim Hyeon Joo manakala Kim Joo Ah pula akan membawa watak Yoon Yi Sak.

Bagaimana perwatakan mereka di dalam drama ini akan diketahui dalam drama ini.

 

KOMEN DAN REVIEW DARI PEMINAT DRAMA NEFLIX MENGENAI DRAMA INI ~~

Drama yang ditayankan di saluran Netflix kebanyakannya semua mendapat pujian dan rating yang tinggi begitu juga drama ini , ramalan menjangkakan ia turut akan hit.

Antara komen mengenai drama ini adalah Serius, saya baru merinding. Ia seperti anime High School of the dead, tetapi serius, ini adalah kedudukan tertinggi lagi, Korea Selatan melakukannya lagi.

Saya sudah menonton banyak drama dan filem zombi dan saya tidak menontonnya lagi. Bagus! Pelakon baru dan muda juga dan mereka mempunyai masa depan yang cerah di hadapan mereka.

Ia kelihatan sangat baik. Akhirnya sesuatu yang ditunggu-tunggu selepas Train to Busan.

Semua orang gimnastik berada di sini seolah-olah patah & bengkok sendi untuk menakutkan penonton. Tidak sabar menunggu?.

Saya dengar ahn jiho akan menyertai pelakon itu juga jadi kita akan mengadakan perjumpaan kanak-kanak yang tiada siapa tahu?

Pokoknya, saya berharap jiho akan bermain joonyoung sementara chanyoung akan bermain suhyuk

bcs itu saja yang boleh saya bayangkan mereka membawa watak.. untuk pelakon wanita, saya harap kim jooa akan bermain sebagai namra manakala park jihoo

Memandangkan drama ini, menurut webcomic seperti yang saya tahu, adalah tentang bertahan dan persahabatan, dan terdapat juga 2 wanita utama ia akan menarik untuk ditonton.

Walaupun plotnya adalah sesuatu yang pernah ada dalam bahan berkaitan zombi lain, saya tetap akan menonton. Tolong cakap ya Kim Byung Chul .

KATA-KATA AKHIR~~

Drama ini bakal ditayangkan tidak lama lagi , korang jangan lupa layan taw sebab drama ini ada iras-iras maca Train To Busan.

Tambahan lagi , drama ini akan menampilkan pelajar sekolah yang berhadapan dengan zombie yang mana sangat rare jangan ceritanya.

Drama ini juga menampilkan lima tunggak utama pelajar sekolah yang mana pelakon-pelakonnya sangat dikenali dan nama yang sedang meningkat naik.

Tarikh tayangan drama All Of Us Are Dead adalah hujung bulan satu ini , dan hanya episode 8 dan 12 keseluruhannya.

Jangan lupa layan taw , korang yang nak share pandangan korang mengenai drama ini boleh komen dekat bawah.

Mana taw ada yang korang nak tambah apa-apa mengenai drama ini , Selamat menonton ye korang !!!

Post a Comment

Previous Post Next Post