Lagu Tugasan Peserta Big Stage 2022 Minggu Ke 7. Pada malam Ahad yang lalu kita dapat saksikan persembahan - persembahan yang luar biasa dilakukan oleh peserta -peserta Big Stage 2020 yang bertemakan 360 darjah. Apakah tema dan lagu yang bakal dipersembahkan oleh peserta pada minggu depan , di bawah lagu tugasan peserta big stage 2022 minggu ke 7.

Lagu Tugasan Peserta Big Stage 2022 Minggu Ke 7



Pada minggu lepas kita dapat saksikan ada kejutan yang tidak disangka iaitu apabila pengacara mengumumkan dua penyingkiran.

Selalu yang tidak disangka kerana pada minggu suku akhir selalunya tiada penyingkiran atau hanya satu penyingkiran , satu kejutan tak dijangka Syafiq Abdillah dan Megat Rahim terpaksa meninggalkan 

pentas Big Stage hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk ke final apakan daya rezeki mereka sampai disitu sahaja.

Aisha Retno , Elica Paujin , Ajoi Zainal , Danial Chuer , Yazmin Aziz dan Tegar Septian  yang tinggal siapakah antara mereka yang akan menjejak kaki ke final Big Stage 2022?

Untuk minggu separuh akhir ini , peserta akan membuat 2 persembahan , persembahan pertama mereka akan membuat persembahan temanya adalah Flex dan persembahan kedua adalah battle.

LAGU TUGASAN MINGGU KE 7

Aisha Retno --> SUMPAH (AINA ABDUL)

Elica Paujin --> ANGGAPANMU (ZIANA ZAIN)

Yazmin Aziz --> PROUD MARY (TINA TURNER)

Danial Chuer --> ITS A MAN'S MAN'S MAN'S WORLD (SEAL)

Ajoi Zainal --> SETELAH KAU TIADA (CAKRA KHAN)

Tegar Septian --> HAL HEBAT (GOVINDA)


Lagu untuk separuh akhir kesemuanya sedap-sedap berlaka , mampukah peserta-peserta big stage membuat yang terbaik.

Untuk persembahan kedua , kesemua peserta akan di pairkan dan akan battle sesama mereka , 1vs1 ,1vs1,1vs1.

Siapakah yang akan menjadi pasangan battle akan diketahui tidak lama lagi, akan diupdate disini ok.

Minggu lepas kita dapat saksikan Aisha Retno mengungguli tempat pertama dengan mendapat markah juri sebanyak 97% manakala 13.3% markah online.

Elica Paujin juga membuat kejutan apabila mendapat markah terendah untuk pertama kali persembahan beliau di big stage iaitu 68.40% markah juri dan 22.37% markah online.

Danial Chuer menunjukkan peningkatan apabila mendapat markah 91.60% juri dan 13.69% markah online.

Jangan lupa tengok malam Ahad ini untuk menantikan siapakah yang akan ke Final Big Stage 2022.


Post a Comment

Previous Post Next Post