Keputusan Penuh Markah Peserta Gegar Vaganza 9 Minggu ke 9. Ahad yang lepas telah berlangsungnya minggu ke 9 Gegar Vaganza 9 dengan begitu jayanya. Persembahan pada malam minggu ke 9 ini patut diberikan pujian kerana hampir kesemua peserta membuat persembahan dengan all out. Jadi mari kita tengok keputusan penuh markah peserta gegar vaganza 9 minggu ke 9.

Keputusan Penuh Markah Peserta Gegar Vaganza 9 Minggu ke 9

Minggu ke 9 kali ini kebanyakkan peserta sudah mula keluar dari zon selesa dan membuat persembahan dengan begitu baik sekali.

Biarpun ada beberapa peserta yang kurang dalam persembahan namun tidak teruk dan masih boleh diperbaiki.

Malam Ahad yang lepas kita saksikan  Shila Amzah berjaya merampas tempat pertama setelah beberapa minggu tidak berjaya, beliau mendapat markah 85.30%.

Shila Amzah yang membuat persembahan lagu Survivor berjaya mendapat pujian dan juri dan persembahan beliau pada malam itu cukup bertenaga.

Di tempat kedua pada minggu ini adalah Hazrul Nizam, beliau berjaya menyampaikan lagu Writting's On The Wall dengan begitu baik sekali dan berjaya mendapat markah 81%

Jaclyn Victor pula mendapat tempat ketiga pada minggu separuh akhir dengan markah 80.50% , beliau menyampaikan lagu "Lagu Untukmu".

Tempat keempat pada minggu 9 kali ini adalah Bob Yusuf yang mendapat markah 79.70% dengan lagu Surga Di Telapak Kaki Ibu.

Dina Nadzir juga berjaya bangkit dari persembahan minggu lepas dengan membuat persembahan lagu Un-Break My Heart dengan baik dan mendapat markah 77.80%.

Sementara itu ditempat ke 6 pada minggu suku akhir ini adalah Fuad Rahman dengan markah 77.20% dengan persembahan lagu Enter Sandman.

Di bottom 3 pada minggu ini ada beberapa kejutan iaitu kumpulan VE , Tomok dan Asheed Def Gab C berada di sana.

Tomok yang menghadapi sedikit masalah ketika persembahan lagu Awas mendapat tempat ke 7 dengan markah 67.30%.

Kumpulan VE yang minggu lepas berada di Top 2 kali ini berada di bottom 2 dengan markah 64.20%.

Nasib tidak menyebelahi Asheed Def Gab C apabila tersingkir pada minggu 9 ini , beliau tersingkir pada minggu separuh akhir dengan markah 58.60%.

Tapi pujian harus diberikan kepada Asheed kerana berjaya bertahan sehingga minggu ke 9 dan teruskan support kerjaya Asheed di luar GV9 ok.

Post a Comment

Previous Post Next Post