Biodata Mak Leha Atau Nama Sebenar Liza Abdullah. Drama 7 Hari Mencintaiku merupakan drama siri yang mendapat tontonan ramai di slot Akasia TV3 setiap musim. Salah satu penyumbang kepada populariti drama ini adalah watak Mak Leha yang merupakan seorang mak mertua yang sangat membenci menantu beliau. Watak Mak Leha ini dihidupkan oleh pelakon senior tanah air iaitu Liza Abdullah. Kami nak kongsi dekat ampa biodata mak leha 7 hari mencintaiku 3.

Biodata Mak Leha 7 Hari Mencintaiku 3


Nama Mak Leha sudah sinonim dengan rakyat Malaysia kerana setiap musim drama 7 hari mencintaiku ditayangkan nama mak leha sering menjadi sebutan. 

Selain Khuzairi dan Mia Adriana yang menjadi tunjang drama ini , Mak Leha juga merupakan watak penting dalam drama ini jadi jom kenal2 siapa Mak Leha ni.

Mak Leha bersama Syukri YahayaSiti SalehaWan Sharmila , Syazwan Zulkifli , Wafariena , Reen Rahim dan ramai lagi akan menemui penonton tidak lama lagi.

BIODATA PENUH MAK LEHA 7 HARI MENCINTAIKU 3~~

Nama sebenar Mak Leha adalah Norliza Binti Abdullah atau nama stage beliau adalah Liza Abdullah lahir pada 6 Jun 1964 di Kuala Lumpur.

Liza Abdullah mula berlakon sejak 1984, apabila membintangi filem Pagar-Pagar Cinta bersama A.R. Badul dan Dewi Jaqueline

Tahun berikutnya beliau membintangi filem hit Ali Setan dan Ali Setan 2 dengan memegang watak Amy

Sehingga kini beliau banyak membintangi filem Malaysia antaranya Balik Kampung , Jejaka Perasan, Marah-Marah Sayang , Driving School dan X.

Sepanjang karier beliau juga telah banyak membintangi drama-drama  Malaysia , lebih dari 20 drama.

Antara drama lakonan Mak Leha adalah 3 Janji , Setitis Kasih Darmia , Separuh Jiwaku, Kifarah , 7 Hari Mencintaiku , Suami Tanpa Cinta , Lara Aishah dan banyak lagi.

FOLLOW DAN LIKE MEDIA SOSIAL OFFICIAL LIZA ABDULLAH ~~

 Mesti ramai gila yang minat dengan watak Mak Leha 7 Hari Mencintaiku kan so ampa rajin-rajin la follow media sosial Liza Abdullah. 

Mak Leha aktif di media sosial Instagram , so ramai-ramai jom follow di sini >> @lizza_abdullah

Beliau memiliki 395k pengikut di sana so korang boleh follow untuk tahu update terkini dari beliau serta produk2 keluaran beliau..

Jangan lupa saksikan 7 hari mencintaiku 3 bermula 16 April pada jam 6:58 petang dan jangan lupa tweet kasi trending ok.

Selamat menonton

Post a Comment

Previous Post Next Post