Kenali Bil Azali Pelakon Lelaki Di Malaysia. Mana peminat drama hit 7 hari mencintaiku 3 , tinggal hanya 2 hari sahaja lagi drama ini akan ditayangkan. Dengar kata ramai yang tidak sabar untuk melihat drama fenomena ini, tambahan lagi musim ketiga ini bakal dibarisi dengan pelakon baru yang hebat-hebat. Dah ada pelakon baru jangan dilupa pelakon yang sudah membintangi drama ini sejak musim pertama lagi ok , jadi jom kita kenali watak zaidi yang dibawa oleh bil azali pelakon drama 7 hari mencintaiku 3.

Kenali Bil Azali Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Kalau korang layan drama 7 hari mencintaiku dari musim pertama mesti korang kenal sangatkan Zaidi ini yang merupakan kawan baik Khuzairi merangkap adik ipar Khuzairi.

Dalam banyak-banyak watak dalam drama 7 Hari Mencintaiku ni, watak Zaidi ni lah yang paling sedikit kena kecam kan, ramai juga awek2 yang berkenan dengan Zaidi ini.

Tahun 2016, 2020 Zaidi dan team 7 Hari Mencintaiku menemui penonton dan tahun 2022 

sekali lagi  Syukri YahayaSiti SalehaWan Sharmila , Syazwan Zulkifli , Mak LehaWafariena , Reen Rahim dan ramai lagi akan menemui penonton untuk musim ketiga.


BIODATA "ZAIDI" 7 HARI MENCINTAIKU 3~~

Nama sebenar zaidi adalah Mohamad Nabil Bin Azali manakala nama stage beliau adalah Bil Azali , beliau lahir pada 11 November 1992.

Untuk info korang Bil Azali merupakan seorang model dan pelakon yang lahir di Depok , Pahang, Malaysia.

Bil Azali juga merupakan adik ipar kepada penyanyi Asfan Shah.

PERMULAAN KERJAYA LAKONAN BIL AZALI ~~

Mesti peminat-peminat Zaidi tertanya-tanyakan macam mana beliau terjebak dalam dunia lakonan dan mesti ramai nak tahukan drama pertama beliau. 

Bil Azali ini merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim kedua tahun 2010 dimana rancangan ini mencari bakat-bakat baru bidang lakonan oleh Rosyam Nor.

Sebelum memasuki rancangan ini beliau sudah pun mempunyai pengalaman berlakon iaitu pada 2008 beliau membintangi drama Tangisan Bulan Madu yang ditayangkan di tv2.

Selepas rancangan Pilih Kasih beliau banyak membintangi drama antaranya Kelong Kasih, Kurma Ajwa Untuk Najwa dan Kasih Najihah pada tahun 2011.

Tahun 2012 beliau aktif berlakon drama dan filem, untuk drama beliau Cinta Jangan Pergi drama yang dibintangi Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.

Filem pertama beliau juga dikeluarkan pada tahun sama, filem pertama beliau adalah Hoore Hoore filem yang bertemakan muzikal. 

MEDIA SOSIAL OFFICIAL BIL AZALI ~~

Buat peminat baru Bil Azali , korang jangan lupa follow Bil Azali dekat sini >> @bilazali , dekat instagram beliau memiliki lebih 77 ribu pengikut.

Teruskan support karier lakonan Bil Azali dan jangan lupa tengok drama-drama yang dilakonkan oleh Bil Azali ok.

Post a Comment

Previous Post Next Post