Lagu Tugasan Peserta Big Stage 2022 Minggu Ke 5. Pada malam Ahad yang lepas kita dapat saksikan persembahan yang sangat bertenaga dari peserta-peserta Big Stage 2022. Kebanyakkan perserta melakukan kelainan dari persembahan mereka yang dahulu. Tema pada malam Ahad yang lalu adalah Go Viral macam mana pula pada minggu ini. Jom kita baca lagu tugasan peserta big stage 2022 untuk minggu ke 5.

Lagu Tugasan Peserta Big Stage 2022 Minggu Ke 5

Ahad yang lepas kita dapat saksikan berlaku penyingkiran di mana Tuah Adzmi terpaksa meninggalkan pentas Big Stage 2022.

Pada malam Ahad itu , Tuah menyanyikan lagu yang viral dari Achik Spin yang bertajuk Malam Semakin Dingin .

Tuah Adzmi gagal menarik perhatian juri , hanya memperoleh 62.60% dari markah juri manakala markah online sebanyak 7.32%.


TUGASAN PESERTA MINGGU KE 5~~

Tersingkirnya Tuah pada malam itu menjadikan tinggal 9 peserta yang bakal meneruskan bersaingan di Big Stage .

Yang masih berada di big stage adalah Aisha Retno, Ajoi Zainal , Danial Chuer , Elica Paujin, Megat Rahim, Sofia Marieylla , Syafiq Abdillah , Tegar Septian dan Yazmin Aziz.

Tema minggu ke 5 adalah This Is Siti Nurhaliza, peserta Big Stage diberi tugasan untuk menyanyikan lagu dari Dato Seri Situ Nurhaliza namun dalam versi mereka sendiri.

Berikut adalah lagu hit dari Siti Nurhaliza yang akan dinyanyikan oleh peserta :-

Aisha Retno > Cindai

Danial Chuer > Dialah Di Hati

Elica Paujin > Ku Milikmu

Ajoi Zainal > Kesilapanku, Keegoanmu

Sofia Marieylla > Ku Mahu

Syafiq Abdillah > Anta Permana

Yazmin Aziz > Bukan Cinta Biasa 

Tegar Septian > Purnama Merindu 

Megat Rahim > Aku Cinta Padamu


Kesemua lagu harus diubah supaya menjadi versi mereka sendiri , so ampa semua jangan lupa layan pada hari Ahad ini jam 9 malam.

Pada minggu 5 ini juga pengacara Alif Satar kemungkinan tidak dapat hadir kerana terikat dengan Anugera Juara Lagu 36 yang akan bersiaran secara langsung pada Ahad itu juga.

Teruskan support perserta pilihan korang !!

Post a Comment

Previous Post Next Post